Sejak kebelakangan ini, banyak kisah dan pengalaman mengenai scammer dikongsikan di media sosial, mereka biasanya akan mencuba apa sahaja cara untuk ‘mencuri’ wang daripada mangsa.
Ada yang menyamar sebagai kenalan atau ahli keluarga dan ada juga yang menggunakan nama badan berkanun seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), malah ada juga segelintir scammer ini mendakwa mereka dari pihak bank.
Terbaru, pereka fesyen terkenal tempatan, Datuk Rizalman Ibrahim menerusi laman Instagrammnya berkongsi satu lagi taktik scammer yang hampir memperdayakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani.
Menerusi laporan Kosmo!, scammer tersebut telah menyamar sebagai ‘Tuanku Permaisuri Agong’ dengan menggunakan gambar profil Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam aplikasi Telegram untuk memperdaya mangsanya.
Dalam screenshot Instagram Story pereka fesyen terkenal itu, ‘Tuanku Permaisuri Agong’ telah meminta Faizul untuk transfer wang sebanyak RM 3,000 wang kepada seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan.
Cubaan berani scammer tersebut gagal apabila Faizul sempat membuat semakan dan pengesahan daripada Permaisuri Agong sendiri.
“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram, jangan terpedaya dengan scammer. Nasib double check dengan Tuanku, ampun Tuanku,” tulis Faizul dalam screenshot tersebut.
Agak-agaklah nak scam pun…
Baca: “Lah scammer pun cari jodoh” – [VIDEO] Niat Nak Kenakan Scammer, Tiba-tiba Kena Ajak Kahwin