Berkhemah serta berkelah merupakan antara hobi yang menjadi kegilaan ramai kebelakangan ini, biasanya mereka melakukan aktiviti ini di dalam hutang lipur atau mana-mana tapak perkhemahan.
Pun begitu, sekumpulan individu berkelah di satu tempat yang sangat tidak disangka-sangka iaitu di sebuah stesen minyak yang terletak di Genting Highland.
Artikel berkaitan: Bawa Daging Mentah, Pemuda Kongsi Detik Seram ‘Diperhatikan’ Masa Solo Camping
Artikel berkaitan: Unik Dan Menarik, Perbarisan Rumah Sukan Ikut Tema Stesen Minyak
Lebih membuatkan ramai terkedu, mereka dilihat memasak mi segera menggunakan dapur gas kecil yang biasa digunakan ketika berkhemah dan ianya sangat-sangat bahaya kerana kawasan stesen minyak sangat mudah terbakar.
View this post on Instagram
Tindakan mereka itu sudah pastinya dikecam netizen bukan sahaja kerana ianya satu tindakan yang luar dari kebiasaan tetapi amat tidak selamat.
“Apa dorang fikir”
Perkara itu membuatkan ramai netizen bengang dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Ramai yang memberi kecaman terhadap tindakan sekumpulan individu itu dan ia termasuklah Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat (YB) Young Syefura Othman.
Tolonglah jangan buat hal macam ni. Kalau terjadi apa-apa akan menyusahkan ramai pihak.
Benda mmg seronok tapi kesannya buruk. https://t.co/INj4cRFWXD
— Rara 🍉 (@youngsyefura) May 12, 2024
Setakat artikel ini ditulis, individu yang memuat naik video tersebut telah pun menukarkan profil TikTok miliknya kepada mod private dan belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sumber: X