in

“Haus pula…” – Lepas Isu Air Mineral RM10 Viral, KPDN Melaka Bagi Hint Nak Gempur Kawasan Pelancongan?

KPDN Melaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan pantas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka membanteras aktiviti pencatutan di kawasan tumpuan pelancong mendapat pujian orang ramai selepas isu harga minuman tidak munasabah tular di media sosial.

Isu itu tercetus selepas seorang pengguna Facebook mendakwa terpaksa membayar RM10 bagi sebotol air mineral dan satu tin minuman ringan.


“Dua kali saya tanya penjual dan dua kali juga dia jawab, ya RM10 untuk dua air ini. Disebabkan terlalu haus, saya terpaksa bayar juga,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tidak lama selepas itu, KPDN Melaka memuat naik status seakan memberi bayangan pihaknya akan menggempur kawasan pelancongan popular di negeri itu susulan aduan terbabit.

“Cantik kapal ni, siap warna ungu lagi. Tapi haus pula… dengar kata ada benda viral kat sini,” tulis hantaran itu.

Artikel berkaitan: Beras Tempatan Kurang Sambutan, Tak Laku Di Pasar Raya – Timbalan Menteri KPDN

Artikel berkaitan: Kedai Di Melaka Caj 10 Sen Bagi Pelanggan Guna Pembayaran QR Sudah Diserbu KPDN

550356295 1316738803155115 6730016968351368024 n
Hantaran di Facebook KPDN Melaka yang tular di media sosial, semalam.

Perkongsian berkenaan segera mengundang perhatian netizen lain yang turut berkongsi pengalaman sama.

Dalam ruangan komen, ramai menyuarakan kebimbangan mengenai harga makanan dan minuman yang dianggap tidak masuk akal.

Seorang pengguna, Myra, mendakwa pernah dikenakan caj sehingga RM5 untuk sebatang sosej goreng di kawasan pelancong.

“Aku bising-bising, tapi suami aku senang saja jawab, sebab ada pelancong asing memang harga dinaikkan. Habis kita ini muka macam orang Korea Utara ke apa,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Fyza, turut berkongsi pengalamannya membeli aiskrim dan kuih di lokasi sama.

“Beli aiskrim murah macam Mat Kool di tempat turun river cruise habis RM35. Masa nak bayar tu tanya dua tiga kali total berapa, memang mahal betul. Kuih talam satu pek pun RM10,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna lain menyifatkan tindakan segelintir peniaga mencemarkan imej negeri bersejarah itu pada Tahun Melawat Melaka.

“Kita sebagai pembeli kena bijak untuk tidak membeli barang yang harganya tak masuk akal. Tahun Melawat Melaka tapi segelintir peniaga dekat Bandar Hilir nak kerat leher pelancong,” tulisnya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.