in

Hatyai Bagi Amaran, Orang Ramai Berpusu Nak Keluar Dari Border Sebab Takut Banjir

ft banjir di Hatyai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga Malaysia malam tadi kongsikan detik cemas apabila dia terpaksa meninggalkan Hatyai selepas memaklumkan bahawa bandar raya itu mula dilanda banjir.

Dalam perkongsiannya menerusi Twitter, @chairman_GLC menyatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan tempat tersebut sebelum terperangkap dalam banjir tersebut.


 

Hampir tak dapat keluar

Katanya lagi, banyak jambatan untuk laluan kereta ditutup dan dia hampir terperangkap disitu, namun begitu dia mampu redah sahaja air banjir tersebut untuk cari jalan keluar kerana menggunakan kereta jenis Perodua Alza.

“Hampir tidak sempat keluar dari Hatyai tadi. Banyak jambatan ditutup kepada kereta. Saya terpaksa meredah banjir untuk mengakses jambatan lain yang berdekatan.”

“Alhamdulillah saya memandu Alza (jenis kenderaan). Saya membayangkan bahawa Hatyai akan tidak dapat diakses tidak lama lagi. Sangat menakutkan apa yang saya lalui sebentar tadi.”

Dalam pada itu, tular satu lagi video orang ramai berpusu ke sempadan untuk keluar daripada kota tersebut termasuklah rakyat Malaysia.

Media Thailand melaporkan hujan lebat berterusan selama dua hari menyebabkan banyak jalan raya yang menghubungkan daerah di Wilayah Songkhla, Thailand termasuk Hatyai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia dilanda banjir, lapor Sinar Harian.

Turut dilaporkan ditutup pada pagi Ahad adalah jalan lama antara daerah Muang dan Hatyai. Harap lepas ni semuanya dapat berhati-hati kalau nak keluar bercuti.

Baca : “Air naik terlalu laju” – [VIDEO] Terengganu Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Naik Mendadak

banjir terengganu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.