Setiap anak mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresikan emosi, namun perkongsian terbaru anak bongsu kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Maria Danisha Hakim, benar-benar menyentuh sanubari sebelum hantaran tersebut dilaporkan telah dipadam.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang kini tidak lagi kelihatan, Maria sempat berkongsi tentang bebanan perasaan yang selama ini hanya dipendam di dalam hati kerana bimbang dirinya akan menjadi beban kepada orang di sekeliling.
Dalam nukilan tersebut, Maria menggambarkan bagaimana seseorang itu sering mencuba berulang kali tanpa menonjolkan diri, dengan harapan suatu hari nanti usaha tersebut akan mula disedari.
Artikel berkaitan: “Dah besar kau buat main je anak aku!” – Abby Abadi Hilang Sabar Anak Sering Dicaci
Artikel berkaitan: “Semoga selesai dengan cepat, tolong aminkan ye” – Abby Abadi Sokong Marissa Nak Cerai

“Hati yang diam menyimpan segalanya di dalam, takut menjadi beban, terus mencuba lagi dan lagi tanpa dilihat…” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Namun, apa yang lebih memedihkan adalah apabila saat yang dinantikan itu tiba, tumpuan dan perhatian sering kali beralih ke arah lain, meninggalkan usaha yang dilakukan itu seolah-olah tidak membawa makna.
Walaupun tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa, hantaran Maria ini seolah-olah memberi gambaran tentang kepentingan komunikasi dan penghargaan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
“Walaupun usaha yang paling senyap itu membawa banyak kesakitan, ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan dirai,” tambahnya lagi dalam hantaran yang telah dipadam itu.
Tindakan Maria memadam perkongsian tersebut menimbulkan tanda tanya, namun isi mesej yang disampaikan tetap memberi kesedaran besar.
Sumber: Threads
