in

HATI-HATI, Ini Senarai ‘Hot Spot’ Kerap Berlaku Kejadian Mati Lemas Dari Jabatan Bomba

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kerajaan membenarkan aktiviti rekreasi dibuat, banyak pantai, air terjun dan sebagainya penuh dengan orang ramai yang berpiknik bersama keluarga menghirup udara segar selepas sekian lama duduk di rumah.

Namun begitu, korang juga perlu berhati-hati bila memilih untuk membuat aktiviti mandi manda ini, lebih-lebih lagi bila cuaca yang tak menentu sekarang ni.


Sebelum ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ada senaraikan lokasi hotspot yang berisiko tinggi berlakunya kejadian mati lemas dari laporan Jabatan Bomba.

Untuk pengetahuan korang, tempat yang disenaraikan di bawah ini mencatatkan insiden mati lemas kebih dari lima mangsa yang berlaku pada tahun 2016-2018.

Tempat hotspot kejadian mati lemas di Malaysia

Kawasan sungai

Sungai Chilling Waterfall 18 53 059989

  • Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
  • Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7 nyawa)
  • Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6 nyawa)
  • Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6 nyawa)
  • Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5 nyawa)

Kawasan pantai

Matahari Terbenam Teluk Nipah

  • Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14 nyawa)
  • Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7 nyawa)
  • Teluk Bahang, Pulau Pinang (7 nyawa)

Kawasan lombong atau empangan

Place 2017 12 12 11 Cfff90701Fe2De4Fb0Ae7E6E731F5Ef3

  • Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10 nyawa)
  • Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10 nyawa)
  • Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5 nyawa)

Kawasan air terjun

20121014 125736

  • Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12 nyawa)
  • Sekayu, Terengganu (11 nyawa)
  • Lata Berembun, Raub, Pahang (10 nyawa)
  • Chamang, Bentong, Pahang (5 nyawa)

Jadi, kalau korang pilih untuk pergi ke tempat-tempat yang disenaraikan dekat atas ni, min nasihatkan korang lebih berhati-hati dan pantau pergerakan anak-anak korang masa mandi.

 

Sumber: BERNAMA

 

Baca: ‘Belum Ajal’, Rider Grab Hanyut 1KM Dalam Tali Air Berjaya Diselamatkan Bomba

Screenshot 2021 09 20 At 4.03.30 Pm

Sumber: LIBUR
Sumber: Trip Hobo
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.