in

Hati-hati! 6 Jenama Sardin Ini Disahkan Ada Cacing

Cacing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suka makan sardin? Nampaknya korang kena lebih berhati-hati sebab Kementerian Kesihatan dah mengesahkan terdapat 6 lagi jenama produk sardin dalam tin yang mengandungi bendasing seperti cacing jenis Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp, lapor Berita Harian.

Berikutan pengesahan tu, Kementerian Kesihatan dah ambil tindakan undang-undang dan syarikat yang terbabit dah pun diarahkan untuk tarik balik produk berkenaan daripada pasaran untuk dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas pada pengimportan produk ikan dalam tin yang masuk ke dalam negara.


Ini enam produk yang ditarik balik kementerian: 

1. Cinta 

Cinta
sumber: borneo post

 

2. Sea Fresh 

Sea Fresh
sumber: borneo post

 

3. HS Brand

Sd2
sumber: borneo post

 

4. King Cup

King Cup
sumber: borneo post

 

5. Bintang 

Bintang
sumber: borneo post

 

6. TC Boy

Sd4
sumber: borneo post

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, risiko kesihatan yang akan dialami individu amat rendah bagi mereka yang dah makan sardin tersebut kerana cacing mungkin dah mati sebab lalui proses memasak dan pengetinan. Euww geli pulak! 

29Semuas.transformed
sumber: berita harian 

Namun menurut Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mana-mana pihak yang import, edar, simpan atau jual makanan yang ada dalamnya bahan beracun, rosak atau memudaratkan kesihatan adalah satu kesalahan. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang ada kemusykilan tentang isu keselamatan makanan, boleh je layari laman web Kementerian Kesihatan atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Make sure korang ingat jenama-jenama ni supaya tak terbeli dekat supermarket nanti!

Baca: Hati-hati! Ini 13 Mekap Jenama Korea Ditarik Balik Kerana Ada Bahan Berbahaya! 

Melap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.