in

“Haruan makan anak” – Bapa Rogol, Liwat Dan Rakam Video Lucah Anak OKU!

Featured 5

Inilah namanya haruan makan anak, bagaimana seorang ayah tergamak ‘makan’ darah daging sendiri yang sepatutnya dijaga dan dipelihara sebaiknya.

Lelaki yang berusia 41 tahun itu yang juga seorang pemandu lori didakwa atas kesalahan merogol, melakukan seks luar tabii dan menghasilkan video pornografi anak kandungnya yang juga seorang Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

2 2
Sumber: youtube

 

Lelaki dua anak tersebut mengaku bersalah atas setiap kesalahan

Menurut Berita Harian, lelaki tersebut mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam atas empat pertuduhan iaitu :

  • 2 pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan (KK) kerana sumbang mahram
  • 1 pertuduhan mengikut Seksyen 377B kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
  • 1 pertuduhan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana hasilkan video pornografi

Mengikut pendakwaan, lelaki tersebut dikatakan merogol anaknya di sebuah rumah di Marang, Terengganu kira-kira pukul 11 pagi pada 20 September lalu.

Lelaki itu kemudian didakwa mengulangi perbuatan sama di beranda sebuah rumah di Marang kira-kira pukul 5 pagi pada 21 September iaitu keesokan harinya.

Tertuduh juga dilaporkan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang, kira-kira pukul 11 pagi pada 20 September.

Dalam pertuduhan itu juga, tertuduh dikatakan turut menghasilkan video pornografi menggunakan telefon bimbit mangsa pada masa dan tarikh yang sama.

4
Sumber: youtube

 

Boleh dipenjara maksimum 60 tahun!

So untuk setiap pertuduhan, sekiranya disabitkan kesalahan lelaki tersebut boleh :

“Bagi kesalahan merogol, tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

“Bagi kesalahan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii , tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan menghasilkan video pornografi tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.”

Hakim Jamaludin Mat menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

 

Allahu macam-macam hal lah sekarang ni.

Baca : Tenatnya masyarakat kita hari ini Tengah Jawab UPSR, Pelajar Muntah-Muntah, Rupanya Kantoi Bapa Dia

Upsr