Macam yang korang tahu, sebelum ini bekas perdana menteri Najib Razak telah dikecam hebat gara-gara terlupa nak imbas kod MySejahtera sebelum memasuki sebuah restoran.
Ekoran dari itu, Najib telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengaku salah serta sanggup dikompaun kerana kesalahannya itu.
Namun, baru-baru ini, Najib telah pun mempersoalkan mengenai tindakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana dikatakan tidak memakai pelitup muka dalam satu majlis di sebuah hotel.
Setahu saya orang yang sudah diberi vaksin masih perlu ikut SOP. Ini yang Menteri vaksin kata tiga hari lalu. Ketua pengarah KKM pun beri amaran yang sama.”
“Adakah PM8 juga akan disiasat langgar SOP?”
Bekas perdana menteri itu juga turut menyoal sama ada benar atau tak Muhyiddin imbas kod MySejahtera bila nak masuk hotel berkenaan.
Hari itu kecoh satu negara sebab tular video saya lupa scan MySejahtera semasa masuk kedai nasi ayam walaupun saya pakai mask.”
Untuk pengetahun korang, Najib menunjukkan beberapa gambar yang disiarkan media menunjukkan Muhyiddin tiba di Hotel Zenith Johor pada 31 Mac lalu untuk mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor dan Perikatan Nasional Johor.
Dalam gambar yang dikongsikannya di Facebook peribadi ini, kelihatan Muhyiddin satu-satunya individu yang tak memakai pelitup muka.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157800793260952
Pemakaian pelitup muka di tempat awam diwajibkan sejak 1 Ogos tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata individu yang ingkar boleh dikenakan denda RM1,500 dengan jumlah maksimum RM10,000.
Baca: “Tiada double standard” – DS Najib Tawar Diri Dikompaun Akibat Tak ‘Scan’ MySejahtera