Sebelum ini, Sweden menjadi perhatian apabila mereka menolak untuk melaksanakan perintah lockdown terhadap rakyatnya sebaliknya hanya meminat mereka mengamalkan penjarakan sosial.
Meskipun negara lain di Eropah sudah dalam keadaan tidak terkawal akibat pandemik Covid-19 namun Sweden tetap tidak mempedulikan kepentingan melakukan perintah lockdown.

Kini keputusan tersebut telah memakan diri apabila Sweden dilaporkan dalam keadaan huru hara dengan lebih 1,200 kematian dicatatkan.
Menurut The Sun, negara Scandinavian itu setakat ini mencatatkan 11,927 kes dengan 1,203 kematian dan sejak 24 jam yang lepas sebanyak 170 kematian telah dilaporkan!


Sebelum ini Sweden adalah satu-satunya negara Eropah yang tidak melakukan perintah lockdown dengan restoran, sekolah, bar, pusat beli belah dan gereja dibuka seperti biasa.
Selain itu, mereka juga dibenarkan menganjurkan majlis besar-besaran seperti parti dan perkahwinan. Disebabkan itu, virus Covid-19 mula merebak dari Stockholm yang kini mempunyai kes tertinggi di negara Sweden.


Kerajaan mereka juga sebelum ini dikritik kerana tidak menghiraukan amaran saintis yang menjangkakan malapetaka akan berlaku jika tidak melaksanakan lockdown. Seorang profesor berkata,
Kita tidak lakukan pemeriksaan, kita tidak kuarantin seperti yang sepatutnya – kita biarkan virus itu ‘bebas’. Perkara ini akan menyebabkan berlaku malapetaka nanti.”
Meskipun ketika mereka sudah mencatatkan lebih 4,000 kes Covid-19 dan 180 kematian, pemimpin Sweden tidak laksanakan lockdown kerana risau akan masalah ekonomi negara tersebut.

Keadaan itu tidak menyenangkan pihak perubatan di Sweden di mana lebih 2,000 doktor, saintis dan profesor telah melakukan petition untuk menggesa kerajaan agar menjadi lebih tegas serta mengambil tindakan yang lebih ketat.

