in

Hari Kepulangan Ke Kampung Sama Dengan Hari Pemergian Ibu, Video Di Kubur Ini Buat Ramai Sebak

cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari yang paling ditakuti oleh seorang anak adalah hari di mana ibu bapa mereka pergi dari dunia ini buat selamanya.

Lebih memilukan jika pemergian tersebut adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri, hari di mana sepatutnya semua ahli keluarga berkumpul dan menyambut perayaan ini bersama dengan meriah.


Ibu ‘pergi’ di hari kepulangan anak

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan seorang anak berlari dalam tangisan ke kubur untuk berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir.

Lebih memilukan, hari ‘pemergian’ ibu adalah sama dengan hari kepulangan si anak ke kampung.

Difahamkan, usai mendengar berita ibunya telah meninggal, wanita ini terus bergerak ke tanah perkuburan selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Tawau.

Tangan menggigil

Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat berlari terus ke arah jenazah ibunya untuk ditatap buat kali terakhir. Turut kelihatan tangan wanita ini menggigil memegang jenazah ibunya sambil ditenangkan oleh orang sekeliling.

3 2

Video ini ternyata menyentuh hati ramai warganet yang rata-ratanya mengaku mereka tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi yang sama seperti wanita tersebut.

“Setiap kali tengok ibu bapa orang lain meninggal, saya mesti overthinking. Macam mana satu hari nanti keluarga saya pula…saya tak kuat”, tulis seorang warganet.

“Sakit kehilangan memang perit. Pernah lalui 3 tahun lepas sampai rebah longlai pengsan bila tengok sekujur badan dah kaku didepan mata sambil dengar orang ramai baca yassin disisi arwah. Allah sakitnya…”, luah seorang warganet yang pernah berhadapan dengan situasi sama.

Semoga wanita tersebut terus kuat untuk berhadapan dengan situasi ini.

Kredit: isusemasaviral

BACA: Gara-gara RM4, Budak 11 Tahun Meninggal Dunia Dipukul Pelajar 16 Tahun

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.