Semalam, nama bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia mula menjual biskut jenama Shelup Shelup di media sosial.
https://www.instagram.com/p/Cp6yfivS_mW/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Ramai netizen dilihat mahu menyokong Nurul Shuhada dengan membeli biskut tersebut namun setelah melihat harga biskut berkenaan yang mencecah hingga RM179 dan tambahan RM15 untuk cas penghantaran.
Ini kerana ramai yang berpendapat selalunya mereka yang membeli biskut seperti itu adalah dari golongan B40 dan M40, jadi jika harga yang dijual mahal, tak semua mampu untuk membelinya.
Untuk pengetahuan semua, biskut Shelup Shelup itu juga dikenali dengan tagline ‘Satu tak cukup’.
Manakala warganet di Twitter pula berpendapat mungkin golongan marhaen seperti kita bukanlah target market produk jualan Nurul Shuhada.
Namun, rata-rata mereka tetap mendoakan agar Nurul Shuhada dimurahkan rezeki.
Ada juga yang berpendapat mungkin harganya mahal kerana bahan yang digunakan mungkin mahal.
Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang baik hati memberi cadangan kepada Shuhada tentang biskut jualannya itu agar harga yang mahal itu setimpal dengan kualiti dan kuantitinya.
Difahamkan juga, Nurul Shuhada bakal menjual biskut-biskut tersebut dalam pek-pek kecil tak lama lagi agar semua golongan boleh rasa produk jualannya itu.
Sumber: Instagram @shushukrii, Twitter
Baca: “Keluarga Hafidz membenarkan dia berkahwin tanpa izin saya”- Ini Respons Nurul Shuhada Untuk Hafidz