Baru-baru ini, Stadium Nasional Bukit Jalil ‘digegarkan’ dengan persembahan dan konsert Billie Eilish. Walaupun ada penonton yang tidak puas hati kerana kedudukan tempat duduk yang terlalu jauh daripada pentas, namun nampaknya ada juga tetap gembira.
Terbaharu, viral pula di Twitter tentang ada penonton konsert terbabit yang mahu menjual botol air yang digunakan oleh Bilie Eilish ketika konsert itu berlansung.
Perkara itu telah dikongsikan di Twitter menerusi akaun @Junjulaiaugust semalam.
https://twitter.com/Junjulaiaugust/status/1560484806647218176
Menerusi Tweet tersebut, dapat dilihat ada tangkap layar (screenshot) bahawa ia dijual di salah sebuah platform jual beli dalam talian.
Boleh dilihat juga bahawa botol yang masih berisi air tersebut mahu dijual dengan harga RM1,200.
Difahamkan, penonton konsert yang nak jual botol itu telah mendapat botol berkenaan daripada pihak keselamatan selepas konsert tamat.
Lagi istimewa apabila botol itu turut ditanda dengan huruf B, mungkin untuk menandakan bahawa ia merupakan milik penyanyi yang berusia 21 tahun itu.
Individu yang mahu menjual botol itu juga mengatakan bahawa dia belum melakukan apa-apa lagi pada botol itu. Kiranya botol tu masih berada dalam keadaan yang sama ketika Bilie Eilish selesai menggunakannya.
Yang mengejutkan lagi, ada netizen lain yang mengatakan bahawa botol itu telah dijual tak lama selepas itu.
Namun, ada juga yang berpendapat mungkin si penjual mungkin telah menukar status botol air itu kepada ‘dijual’ selepas dikecam netizen berikutan harganya yang terlalu mahal.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang berpendapat tak pelik pun kalau ada peminat Billie Eilish yang betul-betul beli botol tu sebab lagikan tiket yang beratus ringgit tu pun mereka boleh beli.
Walau bagaimanapun, setelah kami ke laman web jual beli tersebut, listing berkenaan jualan botol air itu dipercayai telah dipadam.
Apa pula pendapat korang? Adakah korang akan beli barang yang pernah digunakan oleh artis kegemaran walaupun ia dijual dengan harga yang tak masuk akal?
Sumber: Twitter @junjulaiaugust
Baca: Ramai Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Tengok Konsert Billie Eilish Sebab…