Semalam viral rakaman CCTV kejam seorang lelaki yang telah bertindak menghempas seekor kucing dengan kuat hanya kerana ia duduk di atas kereta Hondanya sehingga mendatangkan kecederaan.
Korang boleh tengok video kat sini.
Kucing tersebut dilaporkan bukanlah kucing liar, sebaliknya ia bertuan dan kejadian itu berlaku di hadapan kedai pemiliknya.
Pelaku serah diri
Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, lelaki berusia 36 tahun itu telah tampil serah diri di Balai Polis Setapak pada pukul 11.30 pagi semalam.
Menurutnya lagi, kertas siasatan dibuka mengikut Akta Binatang 1953 Pindaan 2013 yang membawa hukuman penjara maksimum 1 tahun dan denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Rata-rata warganet mengharapkan hukuman berat terhadap pelaku zalim itu.
Min harap kucing dan pemiliknya dapat pampasan, lelaki tu pula dapat hukuman setimpal.