in

“Harap dia bangkit semula…” – Menyanyi Bawah Rumah, Peminat Harap Hafiz Suip Buat ‘Comeback’

Syaz Ft 2024 06 19T132151.490

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hafiz Suip merupakan juara rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-7, disebabkan batu loncatan itu, beliau menempa nama dalam industri muzik tanah air dengan beberapa lagu hits seperti Awan Nano, Ku Akui dan Bahagiamu Deritaku.

Penyanyi yang berasal dari Sarawak itu juga pernah mengungguli anugerah vokal terbaik sebanyak tiga kali untuk Anugerah Juara Lagu.


Artikel berkaitan: Hafiz Suip Respon Komen Individu Tentang Rumah Tangganya, Tapi Netizen Nampak Benda Lain?

Artikel berkaitan: “Asal media cakap dia hilang?” –  Hafiz Suip Kongsi Foto Dengan Anak-anak, Luah Rasa Rindu

Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz bin Mohamad Suip bagaimanapun dilihat mendiamkan diri dari industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Meskipun mendatangkan pelbagai spekulasi, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan Hafiz Suip menyanyi dengan santai di bawah sebuah rumah kayu.

@arechailee77

karok malam td

♬ original sound – arechailee77 – Fadlee

Perkongsian @arechailee77 di TikTok itu membuatkan ramai netizen terubat rindu dengan vokal Hafiz Suip yang melantunkan lagu Ku Akui dengan penuh perasaan walaupun hanya bernyanyi karaoke.

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pujian daripada netizen, tidak kurang juga ramai yang berharap agar penyanyi serba boleh itu membuat kemunculan semula atau comeback dalam industri muzik tanah air.

1 7

Semoga Hafiz Suip baik-baik sahaja, rindu betul dengan suara dia…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.