in

“Happy Ending CLOY!” – Pasangan Hyun Bin & Son Ye-jin ‘Reveal’ Gambar Kahwin Buat Ramai Teruja

Page Cloy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat drama Korea~~~ Where you at?!

Bagi sesiapa yang kaki layan drama atau filem Korea Selatan sudah semestinya sedia maklum tentang majlis perkahwinan pasangan dua sejoli Hyun Bin dan Son Ye-jin yang diadakan pada 31 Mac secara tertutup.


Mereka berdua sering juga bergandingan dalam beberapa drama namun chemistry mereka semakin menjadi-jadi apabila berjaya melakonkan watak pasangan bercinta dalam drama Crash Landing On You (CLOY) pada 2019.

0X0

Disebabkan itu, hari bahagia pasangan yang diberi jolokan BinJin Couple ini amatlah dinanti-nantikan oleh para peminat sampaikan hashtag #TheBinJinWedding kini trending di Twitter!

“No more kena cross negara!”

Menurut Soompi, kedua-dua pelakon yang boleh dikatakan top tier dalam industri hiburan Korea Selatan ini selamat melangsungkan perkahwinan mereka malah turut kongsikan gambar rasmi mereka sebagai suami isteri!

Cloy 1

Sama cantik sama padan betul lah diorang ni!

Sementara itu, peminat-peminat di Twitter juga menggunakan hashtag #CLOYEpisode17 sebagai tanda teruja kononnya pengakhiran drama tersebut seperti yang diimpikan oleh orang ramai dengan berlangsungnya majlis mereka berdua.

https://twitter.com/zzxyb/status/1509342485755035648

Selain dari gambar perkahwinan mereka, lilin stamp pada kad jemputan tetamu turut menjadi perhatian orang ramai kerana pasangan ini juga menggunakan nickname yang diberikan peminat iaitu ‘BinJin 2022’. Uishh, tajam betul mata korang eh!

Cop 1

Hyun Bin dan Son Ye-jin merupakan kawan rapat lebih dari 10 tahun dan bergandingan dalam filem Negotiation pada 2018. Mereka mengumumkan hubungan cinta pada Januari 2021 sebelum buat keputusan untuk berkahwin pada Februari 2022.

Eeee! Min yang excited lebih ni… Hmm, nak binge-watch balik lah drama CLOY ni. Hehehe…

Baca: Dari Layar Perak ke Dunia Nyata, Pasangan K-Drama Crash Landing On You Umum Bakal Berkahwin

Untitled 3 18

Sumber: Portal
Sumber: Soompi
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.