Siapa je yang tak kenal dengan selebriti terkenal dari negara seberang, Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dikenali BCL ni kan?
Seperti yang sedia maklum, kisah pemergian suami tercintanya, Ashraf Sinclair pada 2020 mengejutkan orang ramai malah sehingga ke hari ini BCL dilihatkan masih mencuba untuk ‘biasakan’ diri tanpa Ashraf.
Pun begitu, hujung minggu lalu kecoh di media sosial Twitter selepas satu perkongsian dari BCL menerusi akaun Instagramnya @bclsinclair hanya kerana kapsyen di IG story miliknya.
Go couple pic.twitter.com/WZBzJj756E
— brgsjks (@brgsjks) March 5, 2022
“Happy bday sayaaang” – Tulis BCL di IG story
Dari gambar yang dimuatnaik itu, jelas kelihatan BCL begitu mesra bersama dengan pelakon Reza Rahadian dan difahamkan kapsyen itu ditujukan sempena hari lahir Reza pada 5 Mac lalu.
Walau bagaimanapun, disebabkan kapsyen tersebut, ramai yang terkejut dan ada juga yang keliru kerana perkataan ‘sayang’ digunakan oleh BCL untuk Reza. Siap ada yang ingat diorang berdua ni bercinta!
“BFF lebih dari 10 tahun”
Korang jangan salah faham tau! Diorang berdua memang berkawan baik dari dulu lagi. Bukan tu je, banyak kali juga BCL digandingkan bersama dengan Reza ni. Paling famous Habibie & Ainun dengan My Stupid Boss.
Sambutan hari lahir Reza tu pula bukanlah hanya berdua dengan BCL. Ramai lagi rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis tu, korang boleh tengok posting IG kat bawah ni kalau tak percaya..
https://www.instagram.com/p/CawgNmulIv6/
Biasalah tu kalau guna sayang untuk BFF, kan universal perkataan tu? Seronok min tengok BCL habiskan masa dengan Reza ni. Teringat pula movie diorang, memang tak pernah mengecewakan!