Lockdown sememangnya membuatkan sesetengah individu rasa bosan dengan keadaan malah menimbulkan ‘keinginan’ untuk melakukan pelbagai perkara. Kita yang sedang PKPB ni pun rindu nak buat semua benda yang sebelum ni kita lakukan dengan kawan-kawan kan.
Hal ini berlaku pada seorang pelajar dari universiti Hangzhou, China yang membuat keputusan untuk melarikan diri daripada lockdown kampusnya sebab teringin masakan ‘hotpot’, lapor Shanghailist.
Dikatakan, pelajar ini sanggup merentas sungai untuk keluar dari kampus. Tapi dia tertangkap setelah perbuatannya itu di rakam oleh CCTV kampusnya.
Mungkin rasa keinginan yang membuak, pelajar ini bukan sahaja langgar lockdown tapi dia ingkar dengan prosedur yang di tetapkan oleh universiti.
Ni semua gara-gara hotpot punya pasal lah, haishh…
Rakaman CCTV itu dimuat naik oleh pihak universiti melalui aplikasi Weibo dan pelajar itu diberi amaran sebaik saja pulang ke kampus.