in

“Hanya masuk untuk kemas rumah” – Amah Indonesia Dikurung Di Balkoni, Campak Nota Minta Tolong

Syaz Ft 2024 06 11T120629.522

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keganasan atau penderaan terhadap pembantu warga asing merupakan satu jenayah yang sering kita dengari saban hari.

Terbaru, seorang pembantu rumah atau amah dari Indonesia mendakwa dirinya dikurung di balkoni rumah oleh majikannya.


Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang menimpa warga Indonesia itu berlaku di sebuah kondominium di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Artikel berkaitan: “Jangan sedap mulut je cakap” –  Zarina Zainuddin Nafi Azil Pukul Pembantu Rumah

Artikel berkaitan: Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?

1

Difahamkan, mangsa berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas kediaman terbabit diserbu.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pembantu rumah kepada keluarga warga tempatan dan diletakkan di balkoni rumah sebagai tempat tinggalnya.

“Mangsa tidak dibenarkan keluar dari balkoni rumah dan dikunci dari dalam sehingga dapat arahan untuk masuk bersihkan rumah.

Mangsa hanya masuk ke dalam rumah berkenaan pada 5 pagi hingga 11 pagi selepas diarahkan untuk kemas rumah dan apabila selesai mangsa diarahkan berada di balkoni semula dan akan dikunci oleh majikan,” katanya.

Lebih menyedihkan, mangsa masih belum menerima bayaran gaji daripada majikan kerana baru sahaja berada di rumah berkenaan kira-kira seminggu.

Warga Indonesia itu dikatakan sempat membaling kertas bertulis ke bawah untuk mendapatkan bantuan.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai majikan mangsa, kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan Sekayen 55B Akta Imigresen 1956/63.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.