in

Hanya Kahwin 2 Hari, Remaja 17 Tahun Tak Faham Kenapa Perlu Dilabel Sebagai ‘Janda’

Collage 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sahaja berusia 17 tahun, seorang gadis sering diasak dengan soalan dari orang ramai bertanyakan kenapa dia bergelar janda pada usia muda seperti ini.

Menjawab persoalan ini, Noranah Roni mengatakan bahawa jodoh dan dan maut adalah di tangan tuhan dan seseorang itu tak boleh nak paksa untuk dicintai.


Menceritakan tentang perjalanan kehidupan perkahwinan singkatnya selama dua hari, Noranah mengatakan bahawa keputusan untuk berkahwin itu adalah bagi menunaikan permintaan keluarganya, lapor mStar.

https://www.tiktok.com/@prettypretty4198/video/7140523050776284442?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dia mengatakan, walaupun berat hati untuk menerima perkahwinan tersebut tapi dia terpaksa akur kerana mahu menjaga hati orang tuanya. Namun begitu, selepas selesai berkahwin pada 6 Jun lalu, Noranah dan bekas suaminya mengambil keputusan untuk berpisah.

Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa itu.

“Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka.

“Kami bercerai sebab itu pilihan kami berdua… Kehendak keluarga juga sudah diikuti.”

Selepas perbincangan dengan kedua belah pihak, keputusan mereka untuk bercerai dipersetujui keluarga dan menganggap ia merupakan takdir.

“Kenapa perlu label janda?”

Walaupun hanya sempat berkahwin selama dua hari dan tidak tinggal bersama, remaja ini tetap dilabel sebagai janda dan mempersoalkan kenapa dirinya perlu ‘dicop’ sedemikian sedangkan dia belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

https://www.tiktok.com/@prettypretty4198/video/7141272833853869338?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

“Pada masa yang sangat singkat, dua hari terus saya bercerai… Saya pun tak faham kenapa perlu label janda.”

Dalam pada itu, Noranah juga turut tak terlepas dari menerima kejian dari masyarakat sekeliling yang menganggap dia telah memalukan keluarga dan membantah kata orang tua sehingga perlu bercerai dalam masa yang singkat.

Namun gadis ini enggan mengambil pusing dengan cakap-cakap orang dan mahu fokus untuk mencari pekerjaan dan peluang untuk memperbaiki kehidupannya sementara menjaga kedai ibunya di Semporna, Sabah.

 

Baca: Selebriti Berstatus Janda Kantoi Bercinta Dengan Suami Orang?

Untitled Design 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.