in

Hanya Dapat Sita Barangan Tak Sampai RM100,000, Che Ta Dikatakan Pindah Keluar Barang Semalam

che ta rumah diserbu mara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta kembali menjadi bualan hangat di media sosial ketika ini susulan laporan rumah mewahnya telah diserbu pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pagi tadi.

Memetik Kosmo!, serbuan telah dilakukan oleh pihak MARA sendiri setelah pelakon terbabit gagal membayar hutang pinjaman berjumlah hampir RM1 juta dari agensi berkenaan.


Tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan.

Ketika serbuan dilakukan di kediaman mewah yang terletak di Kota Damansara itu, Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.

WhatsApp Image 2024 12 10 at 11.55.03 AM 1 2048x1365 1

Nilai barang disita tak sampai RM100,000

Menerusi laporan terkini, wakil peguam MARA telah menyerahkan writ dan penilaian barangan berikutan tiada maklum balas serta kerjasama dari selebriti itu sebelum ini.

“Ini kali kedua pihak kami datang, kali pertama pada bulan lepas (November), hari ini pihak MARA datang untuk menilai jumlah barangan yang disita.

“Sebelum ini kami tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah ini, kemudian kami dapat perintah mahkamah dan berjaya untuk masuk dan menyita barangan.”

Wakil peguam MARA memaklumkan jumlah nilaian barang yang ada di kediaman terbabit tidak sampai RM100,000.

Jelasnya, pihak mereka akan terus melakukan pengambilan barangan pada petang ini juga dan akan melakukan lelongan barangan sita dalam masa terdekat.

Screenshot 2024 12 10 155051

“Buat masa ni nilai barangan masih tidak mencukupi, MARA akan lakukan lelongan dalam tempoh terdekat, mungkin dalam tempoh dua minggu.

“Pihak kami akan tunggu perintah mahkamah, jika ada rundingan. Kebanyakan barang yang disita hari ini adalah barangan rumah sahaja,” katanya.

Sementara itu, sumber mendakwa Che Ta sudah membawa beberapa barangan keluar dari kediaman mewahnya itu dengan lori semalam.

Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.

Pun begitu, wartawan yang hadir di lokasi serbuan gagal untuk mendapatkan respon Ammar apabila dia enggan memberikan sebarang jawapan berkaitan serbuan.

Sumber: Kosmo! (1), (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.