Melampau dan tidak berperikemanusiaan tindakan yang dilakukan seorang wanita warga Filipina yang tergamak mendera anak kecilnya hanya kerana dendam terhadap bekas suami.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga memuatnaik video tersebut di sosial media bertujuan untuk ‘ajar’ bapa kandung mangsa yang merupakan seorang warga Arab dalam kejadian di Abu Dhabi.
Dalam rakaman video tersebut suspek dilihat mengheret anak kecilnya di atas lantai sebelum bertindak memukul dan menengking mangsa dengan kata-kata kesat, lapor Gulf News.
Kau Arab, mesti guna kekerasan dengan kau, pergi ke tandas!”
Dapat dilihat mengsa menangis kesakitan selain terdapat kesan lebam pada tubuh anak kecil itu.
Dilaporkan terdapat 3 video yang menunjukkan wanita itu mendera kanak-kanak tersebut.
*tonton video kat SINI atas tanggungjawab sendiri.
Malah dalam satu video lain dilihat kanak-kanak itu tanpa memakai seluar dalam, menangis dengan kesan lebam pada badannya, dia menjerit seolah-olah mengalami kesakitan yang amat sangat.
Wanita tersebut akhirnya ditahan pihak berkuasa UAE, rupanya dah kahwin lain
Bengang dengan tindakan wanita tersebut, bapa kandung mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Wanita itu kemudiannya ditahan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Malah pihak berkuasa juga memaklumkan yang wanita itu rupanya sudah berkahwin lain (perkahwinan kedua) dengan lelaki warga tempatan.
https://www.instagram.com/p/B8vzZZQAVLW/
Katanya dia bertindak demikian kerana nak balas dendam kepada bekas suaminya ekoran konflik yang belum selesai antara mereka dan kes tersebut sudah dirujuk di pejabat Pendakwa Raya.
Jurucakap polis memaklumkan, wanita tersebut akan didakwa mengikut undang-undang negara tersebut.
Undang-undang tempatan jelas menyatakan bahawa pihak berkuasa boleh mengambil individu berusia bawah 19 tahun sekiranya mereka diabaikan atau dianiaya.
Malah kepada pihak yang menghalang tugas pihak berkuasa akan didenda sebanyak 50,000 dirham (RM56,960).