Ketam merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Ketam boleh buat masak lemak, sambal pedas dan macam-macam lagi. Fuh… terliur cakap pasal ketam ni.
Kebiasaannya ketam yang dibeli di pasar sudah mati tapi ada sesetengah ketam segar yang masih sedarkan diri dan siap boleh larikan diri dari kena masak tau. Amboi, pandai ye nak lari.
Ketam menyorok tepi sofa
Menerusi perkongsian oleh Fatin Nurul Asyiqin di group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, dia berkongsi kisah yang menghiburkan mengenai seekor ketam yang berjaya lari daripada kena masak.
Kisah itu bermula bila wanita yang mesra dipanggil Fatin itu sudah siap masak lauk ketam yang dibeli oleh suaminya di pasar. Tiba-tiba, dia terkejut nampak ada seekor ketam sedang menyorok di tepi sofa dekat ruang tamu rumah dia. Aik, macam mana boleh terlepas ni?
Tapi menurutnya, ketam yang suami dia beli cuma lima ekor sahaja dan semuanya sudah siap dimasak. Memang pelik betul la.
Agaknya tak nak ‘senasib’ dengan ketam-ketam lain
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur tengok gelagat ketam itu yang mungkin takut berdepan nasib yang sama dengan ketam-ketam yang lain. Tak nak kena masak juga la tu agaknya.
Macam mana la boleh terlepas seekor tu agak-agaknya ye? Pandai betul ketam tu menyorok.
Sumber: Fatin Nurul Asyiqin