in

“Hancur masa depan…” – 11 Pelajar Ditahan Polis Kes Buli Pelajar Ting. 2 Di Terengganu

page buli

Boleh dikatakan kes buli di negara kita masih lagi kerap berlaku walaupun pihak berkuasa telah mengenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan itu. Apatah lagi kalau melibatkan pelajar-pelajar di Malaysia.

Semalam kecoh di media sosial apabila pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah sukan di Terengganu dibuli oleh 11 orang pelajar tingkatan 5 dari sekolah yang sama. Malah gambar lebam di bahagian kaki pelajar tersebut turut tular di Facebook.

kaki

Menurut Sinar Harian, kesemua 11 pelajar yang terlibat itu telah ditahan dan direman oleh pihak polis selama tiga hari bermula Selasa untuk bantu siasatan berkenaan kes buli yang berlaku di Kuala Nerus.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, dia mengatakan bahawa penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan yang telah dibuat pada Ahad lepas.

278187080 2863934580582388 313687726723611553 n

“Mangsa telah menghubungi ibunya untuk datang ke asrama dan membawanya pulang ke rumah sebelum mendedahkan kejadian yang berlaku” – Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu

Pelajar yang berusia di antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan selepas mendapat arahan dari Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu, Norina Maludin mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terkini difahamkan pelajar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan telah menerima rawatan lanjut sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Allahu… Semoga takkan berulang lagi lah kes-kes buli ni. Bukan apa, semua masih belajar lagi pulak tu…

Baca: Kajian: Malaysia Di Tangga Ke-2 Untuk Senarai Buli Siber Dalam Kalangan Remaja

untitled 1 12

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook