Sebelum ini, pempengaruh popular yang juga usahawan, Khairul Aming menjadi sorotan ramai selepas membuat pengakuan dirinya masih solo dan belum mempunyai calon isteri.
Sejak itu, rupanya ramai wanita yang menghantar mesej lamaran kepada usahawan berusia 32 tahun ini.
Usahawan sambal dan dendeng Nyet ini mengakui terkejut hampir setiap hari menerima ratusan mesej di media sosial dan e-mel resume wanita yang mahu menjadi calon isterinya.
Artikel berkaitan: “Benda ni dah meracuni pemikiran anak muda” – Ini Pesanan Khairul Aming Buat ‘Content Creator’
Artikel berkaitan: “Takut dengan teknologi sekarang” – ‘Scammer’ Guna AI Manipulasi Wajah & Suara Khairul Aming
“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menerima ratusan mesej (DM) di media sosial dan e-mel resume bertanya untuk menjadi isteri.
“Agak mengejutkan juga, tetapi itulah yang berlaku. Walaupun orang kata seperti perigi cari timba, tetapi saya sangat kagum dengan keberanian mereka untuk bertanya.”
Namun begitu, Khairul Aming memaklumkan dia masih belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Jelasnya, dia masih lebih menumpukan kepada menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai pencipta kandungan buat masa sekarang.
“Tetapi sayangnya tuan badan pula yang tidak sempat untuk memikirkan soal pasangan apatah lagi berkahwin,” katanya.
Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan itu bersyukur apabila keluarganya juga tidak mendesak untuk dia segera menamatkan zaman bujang.
“Alhamdulillah keluarga memahami kesibukan jadual kerja saya yang ingin menguruskan kilang, pekerja, produk dan konten.
“Walaupun sebelum ini ada keluarga bertanya, tetapi sekarang mereka serahkan semua itu kepada saya dan sudah mula kurang bertanyakan soalan bila ingin berkahwin,” ujarnya.
Takpe… sampai seru nanti adalah calonnya kan?
Sumber: Kosmo!