in

“Hampir jadi live-action” – Ini 5 Fakta Tentang Filem Animasi Coraline Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Coraline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tengok filem animasi bertajuk Coraline? Alaa… yang pasal mata butang dengan Other Mother tu…

Coraline 2 e1630818626222

Buat korang yang tak tahu, Coraline merupakan filem animasi stop-motion yang ditayangkan pada umum pada tahun 2009. Diarahkan oleh Henry Selick, filem ini adalah berdasarkan novel hasil penulisan Neil Gaiman pada tahun 2002 yang mempunyai tajuk sama.


Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Coraline yang menjumpai parallel universe disebalik sebuah pintu kecil di rumah yang baru dia pindah bersama keluarganya di Pink Palace Apartments. Parallel universe yang Coraline jumpa ni memang sebijik dengan dunia nyata cuma segalanya indah seperti apa yang Coraline hajatkan dan semua benda di dalamnya mempunyai mata diperbuat daripada butang. Tapi, ada udang disebalik mee…

tumblr lwpo5wfCie1r3rloeo1 1280 e1630818823322

Selepas ditayangkan di panggung wayang seluruh dunia, filem Coraline berjaya mencatatkan box-office sebanyak $124juta, sekaligus menjadikan filem ini antara filem animasi stop-motion paling berjaya.

Berikut merupakan lima fakta tentang filem ini yang mungkin ramai tak tahu.

1. Watak Wybie Lovat tak muncul dalam novel

tumblr b3805dd74faf5c4e75c6a0e6d2d9ba52 b816e164 1280 e1630818924637

Watak Wybie Lovat merupakan antara watak yang diminati ramai dalam filem animasi ini. Tapi, korang tahu tak Wybie Lovat ni cuma muncul dalam filem je. Kalau dalam novel, Wybie Lovat ni cuma disebut je dan dia tak mainkan apa-apa peranan besar seperti wataknya dalam filem.

Menurut pengarah Henry Selick, beliau membuat keputusan untuk mewujudkan karakter Wybie Lovat dalam filem animasi Coraline kerana beliau mahu Coraline ada kawan yang sebaya usianya supaya Coraline tak perlu bercakap dengan dirinya saja.

2. Babak Coraline shopping dengan ibu dia tak sepatutnya ada

maxresdefault e1630819083202

Salah satu babak filem Coraline yang berlaku di luar kawasan Pink Palace adalah ketika Coraline dan ibu kandungnya sedang membeli-belah pakaian uniform sekolah selepas menghantar bapa kandungnya, Charlie ke tempat kerja.

Kalau korang nak tahu, producers filem ni pada awalnya nak buang babak tu sebab ia berlaku di luar kawasan Pink Palace tapi pengarah Henry Selick berkeras mahu babak itu dikekalkan kerana ia menunjukkan hubungan Coraline dan ibu kandungnya sebelum kedua orang tuanya hilang.

3. Hanya satu orang bertugas untuk jahit kesemua sweater yang dipakai watak Coraline

coraline 2 1 e1630819155229

Korang tahu tak yang kesemua sweater atau baju sejuk yang dipakai Coraline dalam filem ini dijahit tangan oleh hanya seorang tukang kait?

Althea Crome e1630819460257

Althea Crome 1 e1630819620867

Althea Crome, tukang kait yang tinggal di Bloomington, Indiana ini dilaporkan mengambil masa dua minggu untuk menghasilkan satu sweater untuk Coraline yang hanya berketinggian 10 inci tinggi. Cuba korang tengok balik filem tu dan kira berapa banyak kali Coraline tukar baju.

4. Ambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan

6f236deeee2dca1f99c7c97f0e9d92ae e1630819734888

Bak kata pepatah orang putih, Rome wasn’t built in a day dan begitu juga lah filem Coraline ni.

Filem animasi yang berdurasi 1 jam 40 minit ini dilaporkan mengambil masa 20 bulan untuk siap penggambaran. Tu belum kira 2 bulan kerja-kerja post-production, setahun setengah kerja-kerja pre-production dan masa yang dihabiskan pengarah untuk hal-hal lain semasa pembikinan filem ini.

tumblr nxtmhrTiBd1srcm6vo1 1280 e1630819797908

Dianggarkan filem Coraline mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan sebelum ia boleh ditayangkan kepada umum.

5. Hampir jadi filem live-action

coraline other mother 02 e1630819974712

Min nak tanya, korang rasa filem Coraline ni seram tak untuk tontonan kanak-kanak? Kalau korang rasa filem animasi ni seram, cuba bayangkan kalau filem ni jadi live-action yang memerlukan orang sebenar untuk melakonkan sesuatu watak.

Menurut pengarahnya, beliau berkeras untuk menggunakan stop-motion animation dalam pembikinan filem ini kerana menurutnya, kalau filem ini jadi live-action, cerita dia akan berbeza dan beberapa aspek filem akan nampak macam gimik.

41a4a35bbff511c7dcefb527e3dc83b8 e1630819887348

Selain itu, pengarah Henry Selick juga berkata jika Coraline menjadi filem live-action, beliau bimbang ia akan jadi terlalu seram untuk tontonan seisi keluarga.

 

Korang dah tengok ke belum filem ni? Kalau belum, tunggu apa lagi? Filem Coraline ini jugak dapat rating yang tinggi tau di IMDb iaitu 7.7/10. Selamat menonton!

Sumber: Screenrant, CBR

Baca: “Tahniah! world class” – Filem Animasi Tempatan Upin & Ipin Tercalon Dalam Oscars 2020

upin ipin feature image e1630818040611

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.