Kalau nak kata siapa paling cantik dekat dunia ni mesti susah kan? Yelah kan memang ramai wanita cantik dalam dunia ni. Tapi sebuah kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti individu paling cantik.
Menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi yang dijalankan, wanita tercantik di dunia telah di nobatkan kepada Supermodel terkenal iaitu Bella Hadid, 23.
https://www.instagram.com/p/B3o1mvInv0u/?utm_source=ig_web_copy_link
Dr.Julian De Silva, pakar pembedahan plastik merupakan salah seorang yang terlibat dengan kajian ini mengatakan bahawa penilaian khusus di beberapa bahagian muka telah dijalankan. Antaranya ialah mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang, dan bahagian muka.
Melalui kajian itu juga, wajah Bella telah mendapat jumlah peratusan kesempurnaan yang sangat tinggi iaitu 94.35 peratus, menjadikan ia paling hampir dengan “idea kesempurnaan Greek purba”.
Dengan ini Bella Hadid telah mengungguli tempat pertama dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia.
https://www.instagram.com/p/BzwnfADAfxh/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Berikut merupakan jumlah peratusan perincian yang ada pada rupa Bella Hadid:
- Dahi – 97%
- Kawasan kening – 88%
- Bentuk muka – 94.5%
- Kening – 89%
- Kedudukan mata – 97.65%
- Kelebaran dan panjang hidung – 93.4%
- Kelebaran bibir- 95.8%
- Bibir – 94.1%
- Dagu – 99.7%
Mengejar rapat dibelakang, penyanyi terkenal Beyoncé mendapat tempat kedua dengan 92.44 peratus.
https://www.instagram.com/p/B3rqUrAn4v8/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
The Golden Ratio merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha untuk menilai kecantikkan sebenar wajah seseorang.
Dr.Julian turut menjelaskan bagaimana cara yang digunakan untuk mengukur tahap kecantikkan seseorang dengan menggunakan kaedah The Golden Ratio.
“Pengukuran kemudian diambil dari garis rambut dahi ke tempat di antara mata, dari tempat di antara mata dan bahagian bawah hidung dan dari bahagian bawah hidung ke bahagian bawah dagu.”
“Seseorang dianggap lebih cantik jika nombornya sama.”
“Perhatian kemudian diberikan kepada simetri dan perkadaran muka. Untuk dianggap ‘cantik’ mengikut The Golden Ratio panjang telinga mesti sama dengan panjang hidung dan lebar mata harus sama dengan jarak antara mata.”
Menurutnya lagi persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah, di mana artis dan arkitek akan menggunakan persamaan yang dikenali sebagai The Gold Ratio sebagai bantuan semasa penciptaan karya mereka. Para saintis telah menyesuaikan formula matematik untuk menerangkan apa yang membuatkan seseorang cantik.
Lepas ni mesti ramai yang nak cuba-cuba ukur muka sendiri pakai kaedah The Golden Ratio kan!