in

“Hampir 95% penduduk terputus bekalan makanan” – Ini Situasi Terkini Di Afghanistan

Afghanistan

Baru-baru ini di kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, difahamkan ada diadakan demonstrasi secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Afghanistan dan kelihatan kumpulan berkenaan turut membawa banner sebagai tanda sokongan kepada negara berkenaan.

Kumpulan terbabit difahamkan telah menyatakan sokongan dan membawa sepanduk yang meminta pihak tertentu untuk memulangkan wang berjumlah 7 billion kepada Afganistan.

Apa sebenarnya yang berlaku di negara berkenaan ketika ini ye?

Mengakui bahawa dunia “sebenarnya sibuk dengan perang di Ukraine,” Ketua Agensi Pelarian PBB Filippo Grandi menggesa sokongan antarabangsa yang berterusan untuk rakyat Afghanistan, di mana ketika ini, krisis kemanusiaan negara itu semakin teruk seperti : 

1)  Krisis Makanan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 95% dari penduduk di Afghanistan berdepan dengan krisis makanan dan lebih mengejutkan, hampir kesemua keluarga di sana, didakwa diketuai oleh wanita.

FN4MzkIXEAUrnWu

Penyelaras Residen PBB, Dr. Ramiz Alakbarov juga mendedahkan wad hospital disana juga kini dipenuhi dengan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.

“Ramai kanak-kanak yang berusia setahun mempunyai berat seakan-akan bayi enam bulan di negara maju. Ada yang sangat lemah sehingga tak mampu bergerak”

2) Krisis Ekonomi

Apabila pihak Taliban kembali berkuasa sekitar Ogos tahun lalu, selepas bekas kerajaan tumbang, mereka telah meninggalkan lebih $7 bilion aset bank pusat yang disimpan di bank Rizab Persekutuan AS di New York.

2021 09 04T000000Z 1901469726 RC2YIP9ZE9F3 RTRMADP 3 AFGHANISTAN CONFLICT ECONOMY

Lebih memburukkan keadaan, ketika pegawai tertinggi Afghanistan, termasuk presiden dan gabenor bank pusat meninggalkan negara itu, pihak persekutuan telah membekukan akaun tersebut kerana tidak jelas siapa yang dibenarkan secara sah untuk mengakses dana itu.

Dana tersebut termasuk mata wang, bon, dan emas yang kebanyakannya diperoleh daripada dana pertukaran asing yang terkumpul sejak dua dekad lalu. Bagaimanapun, ia juga termasuk simpanan rakyat Afghanistan biasa, yang kini terpaksa mengharungi keganasan dan kelaparan yang semakin meningkat, serta ekonomi dan kedaulatan undang-undang yang semakin merosot.

 

3) Tuntutan Mangsa Tragedi 9/11

Ketika pentadbiran Biden memikirkan apa yang perlu dilakukan dengan dana itu, sekumpulan ahli keluarga dan saudara mangsa tragedi serangan 11 September, yang tahun lalu memenangi tuntutan terhadap Taliban dan al-Qaida, difahamkan turut berusaha untuk merampas aset bank Afghanistan.

Kerajaan Biden difahamkan turut campur tangan dalam tuntutan mahkamah tersebut, dan dijangka memberitahu mahkamah agar separuh daripada dana berkenaan perlu disalurkan kepada mangsa 9/11 (ada beberapa kumpulan mangsa lain juga telah meminta bahagian). Jika hakim bersetuju, bakinya akan diberikan kepada beberapa jenis dana amanah untuk dibelanjakan untuk makanan dan bantuan kemanusiaan lain di Afghanistan dan memastikan ianya tidak jatuh daripada tangan Taliban.

FOlz9PtWQAUubD

Proses itu dijangka mengambil masa yang panjang, dengan peguam bela dan beberapa mangsa 9/11 berhujah bahawa aset Afghanistan tersebut seharusnya digunakan untuk membantu rakyat Afghanistan yang menghadapi kesukaran yang semakin meningkat.

“Mangsa 9/11 berhak mendapat keadilan, tetapi bukan daripada rakyat Afghanistan, yang menjadi bidak di tengah-tengah ‘perang melawan keganasan’ pimpinan AS dan rejim Taliban yang menindas,” kata Adam Weinstein, seorang penyelidik Institut Quincy yang juga berkhidmat sebagai marin AS di Afghanistan.

4) Perlu Sokongan Dunia Luar

Pada 31 Mac nanti, pihak PBB, United Kingdom, Jerman dan Qatar akan menjadi tuan rumah bersama bagi persidangan ikrar antarabangsa dalam usaha untuk menyokong tindak balas kemanusiaan bagi membantu Afghanistan.

Walaupun mengakui bahawa bantuan kemanusiaan sahaja tidak mencukupi untuk menangani cabaran hari ini atau esok, Dr. Ramiz Alakbarov menggariskan bahawa “adalah benar-benar perlu untuk memastikan rakyat Afghanistan ini kekal hidup dan sihat, selain mengelakkan mereka yang terdedah dalam situasi paling tidak menentu ini daripada menjadi lebih parah.

 

Sumber: Twitter
Sumber: Al Jazeera
Sumber: UN WFP