in

“Hakmilik rakaman 100% pada saya” – Altimet Jawab Persoalan Netizen Isu Jumlah Bayaran Lagu ‘Hoi-hoi Ya Hoi’

Ft Altimet Lagu Penyamun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi rap terkenal, Syed Ahmad Syed Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet sangkal dakwaan netizen apabila ada pihak mempertikaikan jumlah bayaran yang diterima untuk menghasilkan sebuah lagu yang berjudul Aduh Malaysia sempena musim Pilihanraya Umum ke 15 (PRU15) lepas.

PPerkara itu dibangkitkan apabila Mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad membuat satu pertikaian mengenai dana Partik Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP)  menjalankan kempen PRU15.


 

PN pertikai dana PKR & DAP masa kempen PRU15

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Datuk Dr Marzuki, beliau menyatakan bahawa pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasat sumber dan dana pembiayaan kedua-dua parti itu.

Menurut beliau, PKR dan DAP berbelanja besar seperti jumlah bendera, poster, pantas ceramah, lori bergerak, sistem audio, iklan, billboard besar dan kecil, kempen di media sosial dan lain-lain.

Beliau juga turut mempertikaikan bahawa ia tidak termasuk bayaran sewa jet dan helikopter untuk kegunaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen serta kos-kos lain yang melibatkan parti.

Screenshot 2023 02 08 131914

Kenyataan itu telah disokong oleh seorang warganet ini, bahkan, individu tersebut turut menghuraikan 4 jenis pertikaian dan salah satunya penghasilan lagu Aduh Malaysia (Hoi-hoi Ya Hoi) semasa kempen Rapat Mega KEADILAN 2022 pada September lepas, lapor sumber.

Screenshot 2023 02 08 132035

 

Saya tidak terima sebarang bayaran – Altimet

Terpanggil dengan pertikaian tersebut, Altimet tampil memberikan respon terhadap persoalan individu terbabit dengan menyatakan bahawa penyanyi lagu Kalau Aku Kaya ini telah menolak bayaran yang ditawarkan.

Katanya lagi, lagu tersebut telah menjadi hak miliknya 100%, jadi semua keputusan untuk menggunakan lagu itu terletak di tangannya.

Screenshot 2023 02 08 133403

Oh, maknanya lepas ni lagu ni boleh guna kat mana-mana je lah.

Baca : “Takde ambik gambar. Letak, gerak”- Netizen Puji Altimet ‘Diam-diam’ Bantu Golongan Susah

Collage 20

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.