in

Hajat Nak Ke Konsert Coldplay Tak Kesampaian, Keluarga Bawa Gambar Mendiang Masa Hari Berlangsung

Ft Keluarga Bawa Gambar Joanna Konsert Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini ternyata memberikan impak besar buat sebilangan rakyat Malaysia. Pastinya ramai di antara mereka yang dah lama dambakan untuk bertemu dengan band ini.

Namun begitu, tidak semua yang bertuah sempat menikmati detik indah ini seperti seorang wanita yang dikenali sebagai Joanna ini. Jika diimbas kembali, bukan mudah juga untuk dapatkan tiket tersebut, namun Joanna berjaya mendapatkanya.


Artikel Berkaitan : Wanita Dakwa Jadi Mangsa Buli Uqasha Senrose Meninggal Dunia, Kawan Arwah Tuntut Di Padang Mahsyar

Artikel Berkaitan : Pelakon Watak Chandler Dalam Siri Komedi Friends Meninggal Dunia, Ditemui Lemas Di Rumah

Screenshot 2023 11 24 150849

Pastinya rasa teruja apabila berjaya meraih tiket tersebut, bagaimanapun, Joanna Jeyamalar telah meninggal dunia pada 8 Oktober lepas akibat penyakit autoimun.

Biarpun dia tidak dapat hadir ke konsert itu, ahli keluarganya telah membawa gambarnya ke konsert tersebut untuk menunaikan hajatnya. Ketika ditemubual oleh WORLD OF BUZZ, kakak Joanna iaitu Premala mengimbau semula saat keterujaan Joanna yang telah berjaya mendapatkan tiket tersebut.

Screenshot 2023 11 24 150808

“Saya dalam pantang dan waktu itu saya berada di tingkat atas tetapi saya dapat mendengar suara Joanna dan suami saya bersorak kuat apabila mereka berjaya mendapatkan tiket.”

Premala berkata tiket itu amat bermakna buat Joanna, yang merupakan peminat setia Coldplay sejak dari kecil, dan pada waktu itu dia gunakan 4 komputer riba untuk memastikan dia mendapat tiket tersebut.

Screenshot 2023 11 24 150911

“Joanna ‘paksa’ kami ambil cuti hanya untuk mendapatkan tiket,” katanya kepada sumber.

Jelasnya, Joanna adalah orang yang paling teruja untuk konsert itu bagaimanapun mereka tidak boleh melawan takdir. Hajat untuk menyaksikan Coldplay di depan mata tidak kesampaian.

Oleh itu, pada hari konsert tersebut berlangsung, Premala hadir bersama suami dan sepupunya. Mereka menjual tiket Joanna kepada orang lain tetapi ia tidak menghalang mereka daripada “membawa” Joanna bersama untuk pastikan Joanna tidak terlepas bersama-sama mereka di konsert tersebut.

Screenshot 2023 11 24 150835

Mereka membawa gambar graduasi Joanna bersama untuk menikmati konsert tersebut dan ia membuatkan Premala sebak.

“Jo, kita dapat pergi ke konsert ni. Coldplay memainkan lagu yang mengingatkan kami kepada awak. Saya sepatutnya melompat keriangan dan menari, tetapi ketiadaanmu membuatkan saya menangis. Coldplay memainkan lagu yang sedap untuk awak malam ni, mereka tahu kamu berada di ‘Paradise’ (syurga).”

Menerusi laman sosial, Premala ada merakam sebuah video di saat Coldplay mempersembahkan lagu kegemaran mendiang, My Universe.

Kami dari Lobak Merah turut bersimpati atas permergian Joanna dan kami mendoakan agar ahli keluarganya tabah mengehadapi kehilangan ini.

Sumber : WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.