in

“Your child is not your punching bag” – Hairul Azreen Dikritik Kerana Dedah Yusuf Kepada Keganasan

Ganas Yusuf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Your child is not your punching bag" - Hairul Azreen Dikritik Kerana Dedah Yusuf Kepada Keganasan
Loading
/

Bagi mereka yang menggemari pasangan pelakon dan pengacara Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, anda juga pasti jatuh hati dengan kecomelan anak pasangan tersebut, Yusuf Iskandar. Keletah Yusuf yang mencuit hati dan kini membintangi rancangannya sendiri menjadikan anak ini sebagai selebriti kecil yang sudah mempunyai 2.1 juta pengikut di Instagram. Wow!

Yusuf 1
sumber: instagram

Disebalik semua perkara baik ini, tiba-tiba muncul pula berita yang tidak enak didengar di ruang Forum Cari mengenai bapa Yusuf yang dikatakan mempromosi keganasan terhadap anaknya yang baru berusia dua tahun. Menerusi entri di forum tersebut, penulis mendedahkan beberapa points yang menjurus kepada tindakan Hairul terhadap Yusuf yang dianggap keterlaluan.


“My Punching Bag.

“Dalam video ini, Hairul menulis kapsyen ‘My Punching Bag Yusuf Iskandar’. Aksi yang ditunjuk amat mengejut dan menggerunkan.” 

Meskipun video tersebut menunjukkan aksi Hairul yang sedang menumbuk angin ke arah anaknya, penulis forum tersebut meluahkan kebimbangan jikalau tumbukan tersebut tersasar arah dan mengenai anak kecilnya yang masih bayi. Apa yang akan terjadi?

“Walaupun niatnya hanya untuk bergurau, tetapi dibimbangi ianya adalah petanda awal kepada sesuatu yang memudaratkan di masa hadapan jika ianya tidak ditangani sedari awal,” kata penulis.

Selain daripada itu, penulis forum berkenaan juga menegur tindakan Hairul yang sering memaparkan aksi ganas terhadap Yusuf dari segi pergerakan yang lasak dan gaya percakapan yang tidak sesuai. Sebagai contoh, salah satu momen Hairul dan Yusuf sedang bermain permainan konsol juga dipersoalkan kerana genre permainan tersebut dilihat sebagai tidak sesuai dengan usia Yusuf yang masih muda. Erkk ye ke ni Hairul? Anak-anak yang masih muda cepat menyerap benda tak elok ke dalam otak. 

19379282 101852200423819 6395449536331907072 N
sumber: cari
19624325 440296543019060 8070115327230345216 N
sumber: cari

Tidak cukup dengan itu, tindakan Hairul yang sering mengabaikan keselamatan anaknya demi menunjukkan gaya bapa cool kepada masyarakat juga dipertikaikan netizen ini.

21107541 1936292889960761 6067981103468118016 N
sumber: cari
20393748 140207793234086 868091454063378432 N
sumber: cari
26273658 1582080038536192 7064558308077600768 N
sumber: cari

Namun pendedahan yang paling mengejutkan daripada forumer Cari ini ialah tindakan ibu bapa Yusuf yang sering memuat naik gambar anak mereka sedang menikmati sebuah ‘paket kecil’ berwarna putih yang didakwa supplemen kecantikan keluaran Hairul dan Hanis sendiri.

Mungkin Hairul dan Hanis boleh menjelaskan kepada orang ramai apakah isi kandungan dalam paket tersebut, serta khasiat dan kesannya kepada perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak.”

Hari itu Neelofa dah kena kecam, Hairul dan Hanis pun rupanya buat benda yang sama??

Apapun teguran yang diberikan netizen ini, kita tidak perlulah mengecam secara keterlaluan kerana lain ibu bapa lain pula didikannya kepada anak-anak. Walau bagaimanapun, Hairul dan Hanis yang masih lagi hijau dalam ilmu keibubapaan ini ambillah teguran tersebut sebagai sesuatu yang membina demi kebaikan Yusuf di masa hadapan.

Bukan senang nak jadi ibu bapa tau. Tambah-tambah pula selebriti. Sikit salah mesti kena kecam dengan netizen! 

Baca: “Apsal kasar sangat?” – Syatilla Ditegur Goncang Tangan Anak Macam Nak Patah 

Syatilla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.