in

Hai Oktober! ‘Bye Bye’ Moratorium

Feat 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Oktober 2020 ini pengukur kepada keupayaan diri kita dalam pengurusan kewangan. Sama ada kehidupan kita makin tertekan, atau tiada apa-apa berlaku, atau pun lebih bertambah baik.


Ini kerana bermula Oktober ini, ‘tongkat’ dari kerajaan telah dibuang dari diri kita. Masing-masing terpaksa berdiri dan berjalan menggunakan keringat sendiri.

Moratorium yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Pusat sejak bulan April lalu bakal ditamatkan.

Wma Bank Negarabnm17 0

 

Hikmah Moratorium

Tujuannya bukan untuk memanjakan kita, namun ia bagi membantu kita semua berhadapan saat-saat getir membendung wabak pandemik Covid-19.

Ramai yang begitu terkesan dengan tindakan prihatin ini. Dengan jumlah keseluruhan moratorium yang mencecah RM43.7 bilion, 65 peratus atau RM28.4 bilion daripadanya telah dimanfaatkan oleh rakyat negara ini.

Namun setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan berilmu, kita harus berpegang kepada peribahasa Melayu yang berbunyi ;

“ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait”

Peribahasa berkenaan mengajar kita agar sentiasa beringat tentang segala bahaya dan rintangan atau risiko ketika mengambil sesuatu keputusan.

1 23 1

Kaitan dengan moratorium ini pula adalah mengenai tahap kesiapsiagaan kita sendiri untuk kembali ke ‘dunia realiti tanpa tongkat’ seperti sebelum ini.

 

Belanja biar beringat

Ramai orang kata jika sebelum ini pernah berbelanja sekian, sekian banyak, maka tidak ada masalah besarlah untuk perbelanjaan kita bermula 1 Oktober 2020 ini.

Namun kita harus ingat, dikala negara sedang berhadapan dengan Covid-19 yang makin aktif kembali ini, corak ekonomi dalam negara kita agak sedikit berbeza.

Masih ramai di kalangan kita yang punya komitmen sama, dengan pendapatan yang sudah berbeza.

Bukan kita saja yang terjejas, negara-negara lain seluruh benua turut terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Sekaligus, kerancakan ekonomi di seluruh dunia sekarang dalam graf mendatar.

Lebih malang lagi, ada negara yang merudum teruk hingga mengakibatkan penduduk di negaranya hidup sengsara berbanding sebelum ini.

103388098 3032534063508667 3589500507009731853 O

Bagi mereka yang berada dalam sektor tidak terjejas kepada pandemik, mungkin mereka juga ada cabaran berbeza. Melalui amalan Norma Baharu yang diwajibkan keatas kita saat ini, pelbagai perkara yang sebelum ini jarang dilakukan terpaksa menjadi rutin harian.

Dalam banyak-banyak rutin itu, sudah pasti ada yang memerlukan pertambahan kos atau perbelanjaan.

Walau apapun yang terjadi, moratorium ini mengajar kita akan sikap diri sendiri.

 

Tidak salah pun untuk membeli menggunakan perkhidmatan atas talian, namun yang salahnya apabila kita boros tak ingat dunia.

Ayuh kita kembali ke masa terdahulu sekejap, semasa kerajaan mengumumkan pemberian moratorium kepada kita semua, apa tindakan pertama yang kita ambil?

Fakta telah menceritakan bahawa, ramai dari kalangan rakyat kita berpusu-pusu menggunakan lebihan wang yang ada untuk membeli belah atas talian. Sebab itulah, industri e-dagang dan e-hailing sekitar bulan Mac hingga Mei 2020 melonjak naik tanpa disangka-sangka.

Penuh di jalan raya pada waktu itu dengan kenderaan e-hailing yang bergerak ke sana sini. Siapa kata ini salah? Tidak salah pun untuk membeli menggunakan perkhidmatan atas talian, namun yang salahnya apabila kita boros tak ingat dunia.

553 2

Orang sebegini akan mula ‘naik angin’ apabila kerajaan menolak cadangan agar moratorium dilanjutkan sehingga Disember 2020. Rasanya sama sahaja, jika dilanjutkan sehingga Disember sekali pun, situasi yang sama akan berlaku pada 31 Disember 2020.

Siapa yang tidak mahu jika kita ada lebihan wang dalam akaun bank atau poket sendiri. Namun, dalam keperitan dan kepahitan ini kita perlu berhadapan juga dengan realiti semasa. Kita terpaksa melihat sendiri bagaimana baki wang yang ada dalam akaun bank kita pada bulan Oktober 2020 ini akan berkurang dengan mendadak.

Sama-samalah kita redho dengan perkara ini. Jangan diikutkan hawa nafsu dan keinginan yang melampau itu. Jika kita terpaksa ‘ikat perut’ sedikit sebelum mampu menyesuaikan diri kembali, maka buatlah dengan penuh sabar dan berilmu.

Bagi mereka yang beragama Islam pula perlu sentiasa bergantung harap kepada Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Jangan dianggap wang yang ada dalam akaun bank kita itu sebagai Tuhan yang patut disembah.

Yakinlah bahawa ini semua kehendak Tuhan terhadap kita. Dalam Islam, andai kita benar-benar yakin kepada Dia, maka kita akan mendapat keuntungan.

“Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.” (Surah Hud, ayat 6).

 

Siapa taknak untung?

Sumber : Sarfarizmal Md Saad

 

*Lobak Merah tidak bertanggungjawab atas penulisan di atas, ia merupakan perkongsian penulis kepada Lobak Merah 

 

Baca : Situasi Di KLIA, KLIA2 Buatkan Menteri Kesihatan Tak Tidur Malam

Baca 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.