in

Hadir Bersama Peguam ‘Kotak Pensel’, Bapa Baby Adham Buat Laporan Polis Terhadap Hospital

bapa baby adham peguam kotak pensel lapor polis terhadap hospital

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada bayi lelaki yang jasadnya disimpan selama 16 hari di sebuah hospital swasta telah membuat laporan polis terhadap pusat perubatan terbabit, malam tadi.

Perkara itu dikongsikan oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Official di laman Facebook, yang memaklumkan bapa Adham Mikail iaitu Safwan Roshdy, 22, bersama-sama peguam terkenal Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar hadir ke balai polis Kota Damansara.


Dalam perkongsian itu, dapat dilihat Safwan memegang dua helaian laporan bergambar di hadapan balai polis tersebut bersama peguamnya dan dua individu lelaki.

Artikel berkaitan: “Mari aku saman dia” – Peguam ‘Kotak Pensel’ Mahu Bantu Ibu Bapa Adik Adham, Bakal Saman Pihak Terlibat

Artikel berkaitan: “Sijil nikah ori kami dah lihat” – Pengurus Jenazah Bayi Dibekukan Dakwa Hospital Manupulasi Cerita

470121327 1145749706920607 2838626238790259255 n

Difahamkan, laporan polis ini dibuat sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas hospital berkenaan berhubung kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut Ahmad Zaharil, tindakan saman sivil dan jenayah mungkin boleh diambil terhadap pihak hospital kerana kesalahan menyimpan jenazah bayi selama 16 hari disebabkan bapa tidak menjelaskan bil rawatan.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya perlu mendapatkan siasatan lanjut oleh pihak polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung perkara itu.

Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan saman

Terdahulu, Safwan memberi masa sehingga 12 tengah malam tadi (Khamis) kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan mereka.

Ahmad Zaharil turut berkata sekiranya netizen yang terlibat gagal untuk bertindak demikian, mereka akan berhadapan dengan tindakan saman.

Menurutnya, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pemilik akaun media sosial yang melemparkan fitnah terhadap anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Screenshot 2024 12 13 104043

Beliau menjelaskan, semakan status sijil perkahwinan anak guamnya itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) mendapati sijil itu sah.

“Jangan buat andaian jumud. Kami sudah kenal pasti (netizen) sama ada yang buat siaran langsung TikTok dan sebagainya,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Sementara itu, Safwan menyatakan kekecewaan dengan sesetengah pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk tidak berkahwin, selain turut mencaci dan mengutuknya.

Sumber: Harian Metro, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.