in

Hadiahkan Tasbih & Al-Quran Untuk Mak, Aliff Syukri ‘Nervous’ Dengar Pesanan Bonda Rozita

alif 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal usahawan yang popular dengan tagline ‘Terlajak Laris’ ni? Aliff Syukri selalu menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi suatu ketika dahulu.

Namun, di sebalik kontroversinya dahulu, Aliff Syukri sering dipuji ramai kerana sentiasa memuliakan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim. Semalam, Aliff Syukri memuat naik video surprise ulang tahun ibunya yang ke 59 tahun.


https://www.tiktok.com/@abangterlajaklaris/video/7314241645896011010?embed_source=121374463%2C121351166%2C71838019%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=beautifulnara.com%2Fnanti-kalau-mak-meninggal-aliff-syukri-buat-kejutan-hari-lahir-pesanan-bonda-rozita-selepas-terima-hadiah-undang-sebak%2F&referer_video_id=7314241645896011010

Bagi hadiah tasbih custom & Al-Quran

Menerusi video itu, Aliff Syukri menyambut ulang tahun emaknya dengan membuat kejutan beberapa hadiah istimewa. Dia ingin melihat reaksi Bonda Rozita sewaktu menerima hadiah tersebut.

Selepas menyanyikan lagu Happy Birthday, Aliff Syukri memberikan sepasu bunga hiasan dan satu kotak hadiah barang kemas kepada emaknya. Bonda Rozita dilihat terkejut dengan hadiah yang diterima dan berdebar ingin membuka kotak barang kemas itu.

Artikel berkaitan: “Ada yang hantar ‘barang'” – Dengki Dengan Aliff Syukri, Bibik Pula Kena Tempias Sampai Dirasuk

Artikel berkaitan: “Pegang password media sosial” – Aliff Syukri Kongsi Tips Paling Berguna Elak Suami Curang

Rupa-rupanya, Aliff Syukri memberikan tasbih emas yang ditempah khas dari kedai. Menurut Aliff Syukri, dia tidak tahu ingin memberi hadiah apa jadi tasbih emas itu merupakan hadiah yang paling berharga daripadanya.

“Kalau mak dah meninggal..”

Bukan itu sahaja, pengasas produk D’herbs itu juga memberikan senaskhah Al-Quran kepada emaknya namun, satu pesanan oleh Bonda Rozita kepada anaknya membuatkan Aliff Syukri terkedu.

Cuma minta mak satulah.. satu hari kalau mak meninggal, Quran yang mak baca, terus sambung tau!

Nampak ringkas kata-kata Bonda Rozita itu tetapi ‘makan dalam’ juga sehinggakan Aliff Syukri dan isterinya Shahida rasa nervous.

Di ruangan komen, ramai netizen terharu dan kagum dengan Aliff Syukri yang sentiasa mendahulukan emaknya dalam semua perkara.

alif 1

Suka tengok hubungan Aliff Syukri dengan Bonda Rozita!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.