in

Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan, Wanita Derita Hidap Kanser Paru-Paru Kesan Kahwin Suami Perokok

kanser paru-paru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanser paru-paru bukanlah satu penyakit yang asing lagi di negara kita. Sudah tentulah, golongan yang paling berisiko adalah perokok.

Menurut hantaran Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, 1 daripada 2 lelaki dewasa adalah perokok.


Bagi mereka yang tidak tahu, asap rokok mengandungi lebih dari 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya telah dikenalpasti sebagai punca kanser paru-paru.

Malah, menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Artikel berkaitan: OJ Simpson Mati Kerana Kanser, Ini ‘Throwback’ Kisah Pembunuhan Isterinya Pada Tahun 1994

Artikel berkaitan: Kate Middleton Akhirnya Muncul Semula Dalam Video Rasmi, Kongsi Bahawa Dirinya Telah Menghidap Kanser

Tetapi, lebih menyedihkan, kanser paru-paru ini bukan sahaja dihidapi oleh mereka yang merokok, orang yang tidak merokok seperti ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling juga terdedah dengan bahaya yang sama.

kanser paru-paru
Kredit gambar: Public Health Malaysia (PHM)

Sebab itulah, ada wanita yang tidak merokok terpaksa menahan derita akibat kanser paru-paru disebabkan perbuatan suaminya sendiri.

“Wanita dapat kanser paru-paru, hadiah ulang tahun perkahwinan 25 tahun hidup dengan asap rokok suami.

“Semakin ramai bukan perokok dikalangan wanita dikesan menghidap kanser paru paru.

“Selepas ditanya, rupa rupanya ada sejarah berpuluh tahun hidup dengan perokok dan terdedah dengan asap rokok second hand.

“Mohon suami berusaha untuk berhenti merokok untuk kebaikan diri sendiri dan orang tersayang,” pesan PHM.

Asap rokok second hand adalah campuran asap rokok yang dihembuskan oleh perokok (asap utama) dan asap yang terhasil dengan membakar tembakau (asap sampingan).

Jadi, jangan ingat perbuatan merokok itu hanya akan bahayakan diri semata-mata. Keluarga kita juga terkesan sebenarnya…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.