in

“Hadiah daripada Adi” – Bapa Adi Putra Perjelas Kenapa Beri Hantaran RM9,999.99

Penjelasan Hantaran Adi Putra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Genius Matematik, Adi Putra yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu telah mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita pilihan, Siti Sarah Zulkarnain dengan sekali lafaz semalam.

Berita gembira itu dikongsikan bapa Adi Putra, Abdul Ghani Abdul Wahid menerusi hantaran di Facebook miliknya.


Katanya, majlis pernikahan itu berlangsung di kediaman pengantin perempuan berkenaan di Kota Bharu, Kelantan.

Artikel berkaitan: Genius Matematik, Adi Putra Bakal Tamatkan Zaman Bujang Dengan Gadis Kelantan

Artikel berkaitan: Genius Matematik Tewaskan Pemegang PhD, Berjaya Selesaikan Soalan Matematik Dalam 1 Malam

Screenshot 2023 11 03 125848

Dalam majlis tersebut, Adi Putra, 24, memberikan wang hantaran berjumlah RM9,999.99 kepada Siti Sarah, 27.

Dalam pada ramai memuji dan mendoakan pengantin baharu ini, ada juga yang mempersoalkan mengapa jumlah hantaran itu tidak digenapkan menjadi RM10,000.

Pastinya, seorang genius matematik mempunyai sebab tersendiri untuk memilih nilai sebegitu.

396586457 2807215959419568 6597959251674136170 N

Menerusi penjelasan Abdul Ghani, nilai digit 9 memiliki keistimewaan tersendiri buat anaknya yang turut dikenali dengan nama Adimatik.

“Hadiah daripada Adi tentang nombor sembilan. Ilmu yang diturunkan kepada Adi daripada Allah pada usianya empat tahun ialah nombor sembilan,” katanya

Katanya, nombor kad pengenalan Adi juga bermula 99 dan berakhir dengan 99. Selain itu, sejak kecil lagi, digit 9 memudahkan Adi menghitung nombor dalam kepala.

“Yang paling hebat dan dikagumi ialah Asma’ul Husna 99. Maka ditetapkan hantaran perkahwinan Adi sebanyak RM9,999.99,” ujarnya.

Sekadar info, Adi Putra pernah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka dunia iaitu Universiti Oxford di United Kingdom (UK) dan Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) susulan pengetahuannya dalam algebra, trigonometri dan darab (antara lima hingga enam digit) pada usia kecil.

Adi juga ada menubuhkan syarikatnya sendiri yang diberi nama Adimatik Genius Solutions bagi membantu masyarakat untuk menguasai ilmu Matematik.

Selamat pengantin baharu buat Adi dan pasangan!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.