in

“Habis husnuzon dh ni” – Ramai Bengang 16 Stesen LRT Kelana Jaya Ditutup 7 Hari

Lrt Digantung 7 Hari Netizen Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengguna tetap kemudahan awam LRT di ibu kota pagi ini menerima berita buruk apabila RapidKL mengumumkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park telah digantung operasi selama 7 hari.

Menerusi tweet yang dimuat naik jam 5 pagi tadi, @AskRapidKL memaklumkan bahawa penggantungan operasi itu akan bermula hari ini, 9 November hingga 15 November 2022.


Walau bagaimanapun, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal pada jam 11 malam.

Antara stesen yang terlibat termasuklah stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

RapidKL sediakan bas perantara percuma 

Dalam pada itu, RapidKL juga memberitahu yang mereka akan menyediakan perkhidmatan bas perantara secara percuma untuk laluan Kelana Jaya bagi mengurangkan kesesakan di stesen yang terlibat.

Perkhidmatan ini meliputi bas tanpa henti dan bas yang akan berhenti di setiap stesen seperti berikut:

“Mana CEO? Baik buat permohonan maaf!” 

Isu yang berlanjutan sejak dari awal minggu ini lagi ternyata membuatkan netizen tidak puas hati dan meluahkan rasa bengang mereka di media sosial.

Ramai yang meminta pihak RapidKL membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang berlaku dan ada juga yang meminta pihak berwajib untuk refund semula My50 yang digunakan pengguna LRT.

Lrt Down

“Mamp*ih ambik grab hari2 gi kerja” 

Selain dari itu ramai juga meluahkan kepayahan mereka untuk ke tempat kerja dan berharap Menteri Pengangkutan mengambil maklum akan hal yang menimpa rakyat.

Wee Wee

 

Apa-apapun diharapkan pihak RapidKL dan menteri yang terlibat dapat beri penjelasan lanjut beserta solusi kepada mereka yang terlibat. Ramai yang masih blur tak tahu macam nak pergi kerja kalau LRT ditutup 7 hari. 

Baca: “Dah macam tin sardin!” – Netizen Kongsi Kekeluhan LRT Buat ‘Hal’ Semasa Waktu Puncak

Sardin

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.