Sebelum ini, kita sedia maklum tentang keadaan pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Kazim Elias yang didakwa telah disihir sehingga menyebabkan dirinya terpaksa menggunakan tongkat atau kerusi roda untuk bergerak-gerak ke mana-mana.
Selasa lepas, Ustaz Kazim Elias telah mengadakan kuliah Sembang Santai Bersama Duke di laman Facebook miliknya dan sempat untuk memberitahu update mengenai kesihatan dirinya.
https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/videos/273716034689597/
“Lihat bibir dan bawah bibir. Habis jadi hitam” – Ustaz Kazim Elias
Dalam video yang dikongsikan itu, beliau mengakui sudah semakin sihat namun sejak mendapat semula kekuatan, Ustaz Kazim Elias memberitahu yang dirinya mengalami perubahan yang ketara di bahagian mukanya terutama di bahagian mata dan juga bibir.
Beliau turut merasakan bahawa wajahnya telah berubah dalam 50%-70% dari wajah asalnya kerana dibahagian hujung kedua matanya mengalami garisan yang berbirat dan juga bibirnya bertukar menjadi hitam selepas kejadian disihir sebelum ini.
“Nampak lain kan? Itulah sahaja yang dapat saya beritahu apabila orang bertanya tentang kesihatan saya” – Ustaz Kazim Elias
Dakwa alami penyakit ‘Ain
Susulan perubahan yang ketara di bahagian wajahnya, Ustaz Kazim Elias mendakwa ianya berkaitan dengan penyakit ‘Ain. Oleh itu, beliau kini sedang mendapatkan rawatan secara rohani untuk memastikan dirinya kembali sembuh seperti biasa.
Pendakwah itu juga menambah bahawa sekiranya dirinya belum sembuh selepas mendapatkan rawatan secara rohani, maka dia akan mengambil inisiatif dengan mandi di sungai ketika waktu Subuh.
Ketika live video berlangsung, Ustaz Kazim Elias juga mengulas tentang bahaya penyakit tersebut selepas ditanya oleh penonton di bahagian komen.
“Rasulullah pernah menyebut yang penyakit ‘Ain adalah penyakit yang cepat membawa kematian dan ia bukannya penyakit biasa” – Ustaz Kazim Elias
Dalam video yang sama, beliau juga meminta jasa baik semua untuk mendoakan kesembuhan segera buat dirinya agar dapat kembali aktif seperti sediakala.
Min doakan supaya Ustaz Kazim Elias dapat kembali sembuh dan boleh teruskan berkongsi ilmu agama kepada masyarakat sebab Min sendiri suka dengar kuliah dari Ustaz.