in

Guru Sebak Bila PMX Tunaikan Hasrat Tubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Di Johor Bahru

Ft Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang guru tak dapat menahan sebak apabila ‘suaranya ‘ didengari oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu acara yang dinamakan ‘Temu Anwar Johor – UTM’seorang guru yang menyandang jawatan Naib Yang Di Pertua di salah satu sekolah pendidikan khas di Johor Bahru, Puan Ernie harapkan beliau untuk mempertimbangkan dalam membela nasib pelajar OKU.


Artikel Berkaitan : 4 Bukti Gambar Ikonik Anwar ‘Angkat Tangan’ Bukan ‘Edit’ Seperti Dakwaan Bekas Wartawan

Artikel Berkaitan : Seramai 7100 Pekerja Malaysia Jadi Pekak Selepas Bekerja dalam Industri Pengilangan

Jelasnya, terdapat pelajar pekak (deaf) di Johor Bahru yang berpotensi dalam akademik dan kokurikulum yang habis menduduki peperiksaan UPSR atau darjah 6 tidak mempunyai sebaarang saluran untuk mengambil SPM di Johor Bahru.

“Ramai pelajar deaf di Johor Bahru yang berpontensi, ibu bapa terpaksa anak yang berpotensi ini, hanya satu sekolah di Penang sahaja yang membolehkan pelajar ini mengambil SPM, saluran SPM disini sama seperti pelajar normal. Satu sahaja Datuk Seri sekola di Johor Bahru.”

Mendengar penjelasan daripada Puan Erni, Datuk Seri Anwar, terus bersetuju untuk mewujudkan satu sekolah menengah pendidikan khas di Johor Bahru.

Dalam video tersebut, dapat dilihat guru itu tak dapat menahan sebak apabila permintaan murni untuk membela nasib orang-orang kurang upaya ini diterima bulat-bulat.

Dalam masa 18 jam, video ini tular meraih lebih daripada 4,200 jumlah perkongsian menerusi platform X. Rata-rata netizen terkejut apabila mendengar penjelasan guru ini dan bersimpati dengan nasib mereka.

Screenshot 2023 09 04 181344 Screenshot 2023 09 04 181437 Screenshot 2023 09 04 181520 Screenshot 2023 09 04 181603

Murni betul hati cikgu ini, semoga dimurahkan rezeki dan mendapat pahala yang besar kerana membantu nasib anak-anak istimewa ini.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.