fbpx
in

Guru Didakwa Tampar Muka & Tarik Rambut Pelajar Tingkatan 5

Syaz Ft 2024 07 10T121853.808

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang guru merupakan tanggungjawab yang besar kerana mereka ini mendidik generasi yang akan membentuk negara pada masa hadapan.

Terbaru, seorang guru disiplin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menampar muka dan menarik rambut pelajarnya dua tahun lalu.


Artikel berkaitan: “Qisas katanya” –  Kecoh Isu Rambut Anak Digunting, Rupanya Rambut Anak Guru Juga Digunting Bapa Pelajar?

Artikel berkaitan: Pegawai JAIPs, Imam Masjid ‘Kaut’ Lebih RM1 Juta Rasuah Untuk Pengurusan Pernikahan Di Perlis

51720507639 Gurutamparmurid

Tertuduh, Mohd Heirman Ishak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas satu pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.

Difahamkan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar lelaki yang ketika itu berusia 17 tahun (tingkatan 5) dengan cara menampar bahagian muka beberapa kali serta menarik rambut.

Menurut laporan Astro AWANI, perbuatan itu dilakukan di dalam bilik guru di sebuah sekolah menengah di Bukit Baru, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi pada 19 Disember 2022 lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah menetapkan tarikh 22 Ogos ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top