in

Guru Di Klang Didakwa Paksa Murid Beli Insurans Kalau Mahu Dilantik Menjadi Pengawas Sekolah

Cikgu Jual Insurans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan orang dewasa saja selalu dikejar oleh ejen untuk membeli insurans, rupa-rupanya murid pun didakwa antara yang menjadi ‘mangsa’.

Menurut Malaysiakini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor semalam telah mengesahkan pihaknya menerima aduan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh sepasang suami isteri yang juga guru di sebuah sekolah rendah yang dikatakan memaksa murid untuk membeli insurans daripada mereka, baru-baru ini.


Sekolah Perak

Pengarah JPN Selangor, Dr Jafri Abu berkata, pihaknya masih meneliti aduan tersebut dan siasatan akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.

Ya, betul dan dalam makluman JPN. Dalam penelitian JPN dan siasatan akan dilaksanakan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang,” katanya.

Artikel berkaitan: Individu Tergamak Guna Kematian Rakan Sendiri Sebagai Modal ‘Promote’ Pakej Insurans

Artikel berkaitan: Balu Panik Rumah Kena Lelong Sebab Arwah Suami Tak Beli Insurans Waktu Buat ‘Loan’

Dipaksa beli insurans untuk jadi pengawas 

Menurut surat aduan itu, seorang ibu mendakwa anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan di Klang, Selangor telah dimaklumkan untuk membeli insurans nyawa daripada pasangan guru berkenaan sebelum boleh dilantik menjadi pengawas sekolah atau Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Namun disebabkan masalah kewangan, keluarga murid itu terpaksa menolak tawaran itu. Akibatnya, ibu murid itu mendakwa anaknya tidak dilantik sebagai pengawas di sekolah itu.

2M1Dqqyqkik.qhdab27Dkj

Bagaimanapun, pasangan suami isteri guru itu didakwa tetap memaksa anaknya membuat pembayaran bagi membeli insurans nyawa. Ibu murid itu juga berkata, dia sudah membuat aduan kepada pihak sekolah, namun mendakwa tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

Sehubungan itu, saya dengan penuh hormat memohon agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan PPD mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat supaya perkara ini tidak berulang lagi pada masa depan,” tulisnya.

Salinan surat berkenaan juga turut dikongsikan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan timbalannya, Wong Kah Woh serta jabatan pendidikan negeri.

Haih kita tunggu sajalah hasil siasatan JPN Selangor. 

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.