Rata-rata sekolah tidak membenarkan pelajar wanita bersolek secara berlebihan kerana ia akan melanggar undang-undang sekolah. Termasuk juga buat pelajar lelaki, mereka tidak dibenarkan untuk menyimpan rambut panjang.
Jika pelajar dilihat melanggar undang-undang sekolah, mereka boleh dikenakan tindakan oleh guru disiplin.
Kening tebal disangka solekan
Baru-baru ini, tular sebuah video di Indonesia yang memperlihatkan seorang pelajar didenda oleh gurunya kerana disangka bersolek ketika di sekolah.
Menerusi video tersebut, pelajar tersebut mendakwa dia sering disindir oleh rakan sekelas yang menuduh pelajar ini bersolek. Sindiran ini dibuat selepas mereka melihat kening pelajar wanita ini sering kelihatan rapi dan tebal.
Video tersebut turut menunjukkan seorang guru wanita cuba membersihkan kening pelajar wanita tersebut dengan menggunakan tisu. Namun, guru wanita itu mula buntu apabila tisu yang digunakan tidak kotor meskipun sudah diusap berkali-kali ke atas kening pelajar wanita yang didakwa bersolek.
Memang kening asli!
Kejadian ini berlaku di dalam kelas sambil ditonton oleh pelajar lain. Turut kelihatan beberapa pelajar lain hanya mampu ketawa melihatkan guru tersebut yang tidak berputus asa membersihkan kening pelajar wanita itu.
https://www.instagram.com/p/Ciw91Zmv2pS/?igshid=N2Y5NTAwYTk%3D
Pelajar wanita tersebut juga dilihat berkali-kali memberitahu gurunya bahawa dia tidak mengenakan apa-apa solekan dan kening itu adalah asli.
Astaghfirullah, cikgu. Saya tak pakai apa-apa solekan cikgu”, ujar pelajar itu.
Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet. Seorang individu ada mempersoalkan tindakan guru itu yang tidak sepatutnya berbuat sedemikian.
Solekan boleh mengganggu pelajaran ke?” tulis individu ini.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
BACA: Budak Dakwa Alami Alahan Dengan Bau Buku Gara-gara Tak Nak Buat Kerja Sekolah