Seorang guru wanita yang berusia 51 tahun dan anak sulungnya berusia 21 tahun ditemui mati berlumuran darah disyaki dibunuh kediamannya yang terletak di Taman Rambai Mutiara, di Bukit Rambai, Melaka pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian tersebut mula disedari oleh orang awam yang melihat seorang lelaki terbaring berlumuran darah di atas jalan di depan rumah tempat kejadian sebelum orang awam tersebut menghubungi pihak polis.
Artikel berkaitan : “Suami pangku mayat isteri sambil menangis” – Guru Mati Dibunuh Orang Tak Dikenali, Mayat Ditemui Dalam Keadaan Bertelekung
Artikel berkaitan : Guru Tuisyen Ditemui Maut Di Sebuah Rumah Kedai
Sepasukan pegawai polis dan anggota dari Balai Polis Batang 3 hadir ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan dan mereka menemui seorang lagi lelaki dalam keadaan cedera terbaring di hadapan rumah berkenaan.
Selain itu, polis turut menemui dua lagi mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam rumah. Kedua-dua mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Melaka selepas tiba di lokasi kejadian.
Pasukan forensik polis dikhabarkan masih lagi berada di lokasi kejadian ketika ini yang diketuai Timbalan Ketua Polis Melaka Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.
Sebelum ini tular di media sosial mendakwa kejadian yang membabitkan pergaduhan antara ahli keluarga.
Sumber : Buletin TV3