Acara memotong riben sememangnya sinonim ketika perasmian sesebuah acara. Selalunya ahli jawatankuasa acara seumpama ini akan buat persiapan dengan rapi supaya tak ada masalah ketika hari tersebut. Tapi, biasalah manusia hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan.
Itu lah yang berlaku ketika sebuah acara perasmian pembukaan sebuah kedai di Pakistan baru-baru ini. Seorang menteri negara itu yang dijemput untuk merasmikan kedai tu telah bertindak spontan memotong riben ketika acara menggunakan giginya!
Memetik laporan daripada India.com, menteri itu yang dikenali sebagai Fayyaz-ul-Hassan Chohan selamba bertindak sedemikian sebab gunting yang disediakan untuk memotong riben tu tumpul.
Difahamkan, dia telah dijemput untuk merasmikan pembukaan sebuah kedai barang elektronik di Rawalpindi, Pakistan. Namun, cubaan pertamanya untuk memotong riben tu gagal berikutan saiz gunting tu pun kecil. Mungkin riben yang dorang guna tu tebal, so gunting kecil tak sesuai la kot.
Dia kemudiannya cuba lagi sekali tapi tetap gagal. Jadi, dia pun selamba je guna gigi dan video dirinya potong riben menggunakan cara tersebut telah mengundang tawa orang ramai di acara itu dan di media sosial negara itu.
Ribbon cutting ceremony by Fayyaz ul Hsssan Chohan pic.twitter.com/lsaELc4WME
— Murtaza Ali Shah (@MurtazaViews) September 2, 2021
Video berkenaan telah dikongsikan oleh wartawan, Murtaza Ali Shah di media sosial dan rata-rata netizen di Pakistan terhibur dengan gelagat menteri itu. Menteri itu sendiri kemudiannya meninggalkan komen di Twitter dan menjelaskan bahawa gunting tu yang bermasalah sebab tumpul.
Mungkin AJK acara tu lupa nak asah atau tajamkan gunting tu kot.
Sumber: India.com