Kalau diperhatikan dekat fyp TikTok kita, pasti akan ada satu trend yang menarik perhatian orang ramai, “mak kita suruh break sebab…”.
Macam-macam jenis cara dan idea mereka yang telah mencuit hati kita sebagai penonton, kadang-kadang idea kreatif mereka membuatkan kita rasa tak terfikir pun.
Artikel berkaitan : “Cara Syamimia pertahankan diri seolah mencabar netizen” – Iqbal Zulkefli Beri Nasihat Pada Syamimia
Artikel berkaitan : Terbaca Komen Wanita Suka Lelaki Kurus, Iqbal Zulkefli Mahu Buat Pembedahan Bariatrik
Pempengaruh dan usahawan, Iqbal Zulkefli juga dilihat tidak terlepas untuk mengikuti trend ini, jika TikToker lain guna cara seperti tidak pandai berbahasa tertentu, tetapi Iqbal menggunakan pendekatan yang berkaitan dengan personaliti seseorang.
Dalam video tersebut, Iqbal menggunakan ‘lelaki lemah lembut’ sebagai subjek untuk melakukan trend tersebut. Kelihatan Iqbal memakai baju dan membuat ajukan figura seperti wanita dan melakukan kerja-kerja rumah.
“Mak saya suruh kita break sebab nak lelaki lemah lembut”
@ahmadiqbalzulkefli Cuba bagitahu apa lagi sebab mak awak suruh kita break?! Komen!
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang terhibur apabila melihatnya dan juga ada juga yang curiga dengan Iqbal kerana menyalah tafsirkan antara lelaki yang lemah lembut dengan seorang mak nyah.
Hurm, memang kalau lemah lembut kena drag ke? Alaa, mungkin sekadar nak melawak, cuba kalau orang lain buat, mesti terhibur kan.