Viral di media sosial berkenaan dengan rintihan segeintir penduduk kampung di Sabah kerana dikompaun RM 1,000 baru-baru ini, pihak polis tampil memberikan keterangan.
Menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat demi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mematuhi SOP PKP.
Beliau akui bersimpati dengan nasib 8 penduduk kampung di pedalaman itu amat memahami keadaan masyarakat terutama ketika tempoh PKP malah cukup bertoleransi terutama kepada kereta sapu dan masyarakat di negeri ini.
Namun ada segelintir pemandu kereta sapu yang cuba ada ambil kesempatan untuk raih untung lebih sehingga abaikan SOP.
Saya simpati dengan mereka (penduduk kampung) terutama pada kereta sapu..kita cukup bertoleransi namun ada yang seolah-olah ‘cacing naik ke mata’ apabila sewenang-wenangnya melanggar SOP PKP dan menggunakan sentimen alasan kebajikan bagi menutup kesalahan yang dilakukan.”
Tambahnya mereka tidak tahu sangat berkenaan SOP tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu ini, pihak polis kena ambil tindakan.
Tegasnya, video viral itu adalah satu bentuk provokasi kepada pasukan keselamatan yang selama ini begitu banyak menggunakan kuasa budi bicara sepanjang tempoh PKP.
Katanya lagi, kalau PDRM betul-betul laksanakan SOP sepenuhnya, lebih banyak kompaun akan dikenakan.
“Justeru, kami menasihati masyarakat supaya mematuhi SOP PKP yang dikuatkuasakan.”
Disebabkan penularan video itu juga Datuk Hazani Ghazali mula tegas dan pastikan semua Ketua Polis Daerah (KPD) untuk tidak berkompromi lagi bagi mana-mana individu yang melanggar SOP PKP bermula hari ini.
Polis juga akan mengambil tindakan terhadap kereta sapu di seluruh negeri ini,” katanya.