in

GST Akan Kembali? Ini Jawapan Kementerian Kewangan

ft gst

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Desas-desus mengenai kemungkinan pengenalan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini akhirnya terjawab apabila Kementerian Kewangan (MoF) baru-baru ini mengesahkan bahawa tiada perancangan untuk memperkenalkan semula GST buat masa ini.

Penjelasan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, bagi meredakan kebimbangan awam yang timbul berikutan perbincangan di peringkat Majlis Perundingan Gaji Negara.


Selain itu, Lim juga menjelaskan bahawa sebarang keputusan untuk memperkenalkan semula GST akan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakyat Malaysia.

525246054 1324350023029765 3317363448384101421 n

Menurut Lim, fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memperkukuh kedudukan ekonomi negara dan mengurangkan beban sara hidup rakyat. Beliau turut menambah, pihaknya akan terus mengkaji sistem cukai yang mampan dan adil untuk memastikan kekukuhan kewangan negara sambil mengutamakan kebajikan rakyat.

Artikel berkaitan : Dah Boleh ‘Check’ SARA RM100, Ini Senarai Kedai Terpilih & Cara Beli Barang Asas

Artikel berkaitan : “Kamu gaji RM 20K sebulan, memang tak ada apa, tapi..” – PM Ingatkan Jangan Pandang Remeh Bantuan RM100

Tambahnya lagi, sekiranya kerajaan bercadang untuk melaksanakan semula GST pada masa depan, ia akan memastikan kadar cukai yang sesuai dan tidak membebankan. Namun, Lim mengulangi pendirian kementerian bahawa tiada perancangan untuk berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, isu GST sering kali menjadi topik perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat dengan pihak yang menyokong berpendapat ia dapat meningkatkan hasil pendapatan negara dan memerangi ekonomi bayangan. Manakala, pihak yang menentang pula bimbang ia akan meningkatkan kos sara hidup dan membebankan golongan berpendapatan rendah.

Sumber : The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.