Sebagai rakyat Malaysia, menguasai bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sememangnya sesuatu yang diperlukan baik untuk urusan rasmi mahupun kegunaan harian.
Pun begitu ia tidak bermaksud kita perlu mengetepikan penguasaan atau penggunaan bahasa lain misalnya Bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas di negara ini.
Baru-baru ini, sebuah ‘group’ di Facebook menjadi perhatian gara-gara tindakan seorang individu yang telah berkongsi dua posting ke ‘group’ Rakan Pesara Tentera yang telah menimbulkan kemarahan ramai ahli group berkenaan.
Mana tidaknya, pada perkongsian pertama, individu yang berselindung disebalik page Facebook ‘Dunia Hanya Sementara’ berkenaan mendakwa pelajaran matematik dan sains merugikan anak-anak.
Tambah posting berkenaan, ia meminta agar ibu bapa mendidik anak-anak agar tidak meminati dua subjek berkenaan. Tidak berhenti di situ, pada posting kedua yang dipercayai dilakukan oleh individu yang sama juga meminta agar ahli group berkenaan memboikot subjek Bahasa Inggeris.
Dua-dua posting tersebut telah mengundang kemarahan serta kecaman ahli di group berkenaan yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan tersebut.
Artikel Berkaitan : “Raya tahun ni, baju setengah tiang” – Fasih BM & Arif 9 Adat, Netizen Kagum Dengan Exco Pelancongan Negeri Sembilan
Artikel Berkaitan : Murid Tanya Soalan Jawi Pada Cikgu India Buat Netizen Terhibur
Tambah mereka, penguasaan Bahasa Inggeris membolehkan mereka berjaya dalam pelbagai bidang ketenteraan dan salah seorang ahli malah berkongsi bagaimana penguasaan bahasa tersebut membuatkan dia boleh berinteraksi dengan pegawai berlainan negara seperti US, New Zealand, Australia dan lain-lain.
Selain itu, ada juga yang mengatakan penguasaan Bahasa Inggeris memudahkan mereka semasa keluar negara.
Dalam masa yang sama, ramai juga yang mengatakan kebanyakan buku rujukan serta kandungan atas talian yang menggunakan Bahasa Inggeris, jadi tidak ada sebab untuk mengetepikan pembelajaran subjek tersebut.
Sumber : Facebook