in

Google Bakal Keluarkan ‘Genesis’, Guna Teknologi AI Untuk Hasilkan Berita

Google Genesis Ai Tool

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Google sedang bekerjasama dengan penerbit berita untuk mengeluarkan alat yang disokong oleh teknologi Kecerdasan Buatan (AI) baharu yang bakal membantu para wartawan untuk melapor dan menulis cerita mereka menurut kenyataan syarikat berkenaan baru-baru ini.

Setakat ini, alat berkenaan sudah dicuba oleh tiga agensi berita tersohor iaitu The New York Times, The Washington Post dan juga The Wall Street Journal.


Menurut sumber yang tidak dinyatakan, alat berkenaan dikenali oleh pihak dalaman Google sebagai Genesis dan menurut mereka, ia masih berada pada peringkat awal percubaan.

Google Office New

Pun begitu, hasil percubaan tersebut nyata berjaya kerana beberapa eksekutif dari agensi berita melabelkan alat tersebut sebagai ‘meresahkan’ selepas menyaksikan keupayaannya.

Tambah jurucakap Google, dengan perkongsian dengan penerbit berita, terutamanya penerbit yang lebih kecil, mereka berada di peringkat awal untuk meneroka idea agar ia berpotensi menyediakan alatan yang dipacu oleh teknologi AI untuk membantu wartawan mereka dengan kerja mereka.

Namun, pihak Google menegaskan bahawa alat ini bukanlah bertujuan untuk menggantikan tugas penting para wartawan dalam menyediakan laporan serta penyemakan fakta dalam penulisan artikel mereka.

Pexels Tara Winstead 8386440

Sebaliknya, alat ini berfungsi sebagai pembantu para wartawan dan editor untuk memberikan cadangan serta pilihan bagi tajuk atau gaya penulisan yang berlainan.

Projek ‘Genesis’ ini difahamkan tercetus selepas termetrainya kerjasama antaran OpenAI (pereka ChatGPT) dan The Associated Press yang mana pereka ChatGPT berkenaan diberikan lesen untuk menggunakan arkib pihak agensi berita berkenaan sehingga tahun 1985 untuk melatih AI tersebut.

Kemunculan ChatGPT tahun lepas menimbulkan kegusaran  yang hebat dalam industri berita, dengan keupayaan aplikasi berkenaan untuk menulis dengan nada yang meyakinkan dalam kadar beberapa saat mengenai topik yang rumit daripada prompt yang mudah.

Baca : Kalau Korang Ada 7 Aplikasi Ni Dalam Phone, Korang Mungkin Sedang Diintip!

Collage 2

Sumber: MyBroadband

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.