Elfira Loy merupakan nama yang sudah tidak asing lagi dalam industri seni di Malaysia. Baru-baru ini, Elfira yang lebih mesra disapa El telah melangsungkan majlis pertunangan dengan tunangnya, Sufian Suhaimi dalam majlis mewah yang nyata menelan belanja puluhan ribu ringgit.
Terbaru, El telah memuat naik video di saluran YouTube miliknya, Twink3l TV yang telah membuat ramai penonton tergamam. Mana taknya, El telah berkongsi video unboxing barangan Sephora yang telah dibelinya di Los Angeles.
Apa yang membuatkan penonton ternganga adalah kerana kesemua barangan itu menelan belanja hampir RM10,000! Wow!
Video yang berdurasi 21 minit 39 saat itu memaparkan El yang menunjukkan barang dibelinya di kedai tersebut berserta dengan harga setiap satu barangan. Kesemua produk alat solek yang dibeli gadis kecil molek ini adalah daripada jenama-jenama mewah terkenal di serata dunia.
Bukan itu sahaja, malah El juga sanggup membelanjakan RM500 hanya untuk highlighter dan RM115 untuk tweezers. Walau bagaimanapun, di dalam video tersebut, ada kalanya El meluahkan rasa menyesal kerana telah menghabiskan wang sejumlah itu untuk membeli alat-alat solek tersebut. LOL!
Videonya yang mendapat 84,000 tontonan itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata memerli Elfira kerana telah boros membelanja sebanyak hampir RM10,000 hanya untuk alat solek.
Namun begitu, masih ramai penonton yang merasakan tindakan El membelanjakan sebanyak itu memang padan dengan statusnya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan yang terkenal dan berjaya.
Selain itu, ramai antara mereka yang menaburkan rasa simpati buat tunangnya, Sufian kerana bakal mendapat isteri yang suka berbelanja besar. Huhuhuhu…
Apa-apapun, itu semua rezeki masing-masing. Elfira Loy memang mampu untuk membeli semua itu, maka tiada masalah untuk dia membelanjakan jumlah yang besar sebagai reward untuk dirinya sendiri.